A. AKTIVITI FIZIKAL :
A. AKTIVITI 1 : KUMPUL DATA
37 Buah Kelas
25-40 Murid
73 Orang
Sekolah Menengah kebangsaan Setapak Indah
Bandar
B. SUASANA BILIK DARJAH
AKTIVITI 2 : PELAN DUA ( BILIK DARJAH )
Nota penting serta hasil kerja murid bagi setiap mata pelajaran dipamerkan di papan kenyataan di bahagian belakang kelas. Ini membolehkan murid merujuk dan membaca bahan tersebut pada bila-bila masa diperlukan.
Selain itu, kelas turut dilengkapi dengan peralatan kebersihan seperti penyapu, penyodok, bakul sampah, serta pen marker dan pemadam papan putih untuk kegunaan semasa pembelajaran.
Bagi urusan keluar kelas, murid perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sama ada untuk ke tandas atau menyelesaikan perkara tertentu. Mereka juga diwajibkan memakai pas kebenaran keluar masuk kelas.
Dari segi susunan tempat duduk, murid ditempatkan secara berpasangan dan menghadap ke hadapan kelas. Sekiranya aktiviti PdP memerlukan pembelajaran berkumpulan, mereka akan menggabungkan meja bagi membentuk kumpulan. Selepas aktiviti selesai, susunan meja akan dikembalikan kepada kedudukan asal secara berpasangan.
Kemudahan pengajaran dan pembelajaran seperti pen marker serta pemadam papan putih disediakan di meja guru bagi memudahkan proses PdP untuk guru dan murid.
Di bahagian hadapan kelas, terdapat papan maklumat yang memaparkan info berkaitan akademik dan kokurikulum. Ini bertujuan memastikan murid sentiasa mendapat maklumat terkini serta lebih peka terhadap pengumuman penting di sekolah.
Susunan meja dalam kelas direka bagi menyokong aktiviti pembelajaran berkumpulan. Dengan susunan ini, murid dapat bekerjasama secara efektif tanpa perlu berpindah tempat ketika sesi PdP berlangsung.
Selain itu, murid juga boleh menggunakan papan maklumat yang terletak di belakang kelas sebagai bahan rujukan pembelajaran. Contohnya, mereka boleh menampal kertas mahjung bagi tujuan pembentangan serta merujuk semula isi pelajaran sebelumnya untuk pengukuhan pemahaman.
Perbezaan kedua-dua kelas dan yang membuata ia berbeza
Kelas 2 Kreatif mempunyai 27 orang murid dan menggunakan susun atur bilik darjah berkonsepkan PAK21 sepenuhnya. Meja murid disusun dalam bentuk U di bahagian tepi yang melibatkan 19 orang murid, manakala 8 orang lagi berada di tengah kelas dalam dua kumpulan kecil (setiap kumpulan mengandungi 4 orang murid). Ruang tengah kelas ini dibiarkan terbuka bagi memberi laluan kepada pelbagai aktiviti seperti pembentangan, aktiviti berkumpulan, serta memudahkan pergerakan guru. Gaya susun atur ini amat sesuai untuk pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 kerana ia menggalakkan kolaborasi, komunikasi dan interaksi antara murid.
Manakala, Kelas 3 Ibn Sina pula mempunyai 30 orang murid dan menggunakan gaya susun atur klasik yang diberi sentuhan PAK21. Meja murid disusun secara berpasangan di sebelah kiri dan kanan kelas, semuanya menghadap ke papan putih di hadapan. Ruang tengah dibiarkan kosong untuk memudahkan laluan guru serta digunakan untuk aktiviti ringkas seperti Think-Pair-Share, Gallery Walk, atau aktiviti kotak beracun. Walaupun gaya susun atur ini lebih tradisional berbanding Kelas 2 Kreatif, ia masih boleh disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran aktif dengan sedikit pengubahsuaian.
Perbezaan utama antara kedua-dua kelas ini terletak pada gaya susun atur, bilangan murid, dan tahap pengaplikasian elemen PAK21. Kelas 2 Kreatif menekankan pembelajaran kolaboratif dan menyediakan ruang yang lebih fleksibel untuk aktiviti murid, manakala Kelas 3 Ibn Sina mengekalkan ciri tradisional tetapi masih memberi ruang kepada pelaksanaan aktiviti interaktif secara terkawal.
C. PERATURAN DAN DISPLIN SEKOLAH
PERATURAN SEKOLAH
Setiap murid dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan ini dan apa-apa jua peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari masa ke semasa selepas daripada ini. Semua murid yang berdaftar dan belajar di sekolah ini dikehendaki mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai akhlak yang baik, bersopan, dan berbudi bahasa sepanjang masa samada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Peraturan-peraturan dan tatatertib sekolah adalah seperti berikut:
Cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan- peraturan sekolah :
Pada awal tahun sesi persekolahan, murid akan diberi taklimat dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan - tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui perhimpunan rasmi sekolah.
Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap hari.
Semua guru adalah guru disiplin. Guru-guru akan memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
Bagaimana masalah disiplin ditangani di sekolah
Bagi menangani kes ponteng, guru akan merekod kesalahan murid di dalam Borang Kawalan Kelas dan Buku Kawalan Ponteng. Borang-borang tersebut dikumpulkan di dalam fail di pejabat untuk dianalisa oleh Ketua Guru Disiplin pada setiap bulan.
Barang rampasan seperti telefon bimbit hanya boleh dituntut oleh ibu bapa / penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan Guru Disiplin, kemudian menandatangani surat aku janji pada hujung tahun.
Murid hanya dibenarkan keluar kelas/ tandas setelah mendapat keizinan guru dan pas kebenaran keluar kelas/ ke tandas.