Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan sebuah jabatan akademik di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang bertanggungjawab untuk menghasilkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing dan mampu menguasai teknologi terkini dalam bidang Kejuruteraan Awam. JKA PSIS juga proaktif dalam membuat penyelidikan, inovasi, kolaborasi dan memberi sumbangan kepakaran kepada komuniti. Selaras dengan Visi PSIS untuk menjadi Pusat Rujukan TVET menjelang 2020, JKA PSIS telah merancang untuk menganjurkan sebuah pertandingan yang dapat menguji kemahiran pelajar dalam bidang Kejuruteraan Awam iaitu Skill Fighter Apprentice (SFA). Pertandingan SFA ini telah mula dilaksanakan pada Tahun 2017 di peringkat PSIS dan kali kedua penganjuran pada Tahun 2018 dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Pada Tahun 2019 ini, JKA PSIS bersama-sama Centre Of Environmental Technology (COT) komited untuk menganjurkan program SFA untuk kali ketiga iaitu National Competition Skill Fighter Apprentice (NCSFA) ‘Green Gazebo’ 2019.