NATIONAL COMPETITION SKILLS FIGHTER APPRENTICE GREEN GAZEBO 2019
PSIS & LUAS
Program National Competition Skill Fighter Apprentice (NCSFA) ’Green Gazebo’ 2019 ini dilihat akan memberi impak kepada pelbagai pihak iaitu pelajar, pensyarah dan institusi pendidikan.
Impak Kepada Pelajar:
a. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi terkini yang digunakan dalam industri pembinaan negara.
b. Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman terhadap kerja-kerja pembinaan di tapak bina amnya dan kerja-kerja pembinaan gazebo khususnya.
c. Meningkatkan kemahiran psikomotor pelajar dalam kerja-kerja pemasangan tiang, rasuk dan kekuda bumbung.
d. Meningkatkan kemahiran cognitif pelajar dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek sebelum, semasa dan selepas pembinaan.
e. Meningkatkan kemahiran afektif pelajar seperti kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, critical thinking dan problem solving dalam memastikan projek pembinaan gazebo siap seperti dirancang.
f. Menerapkan nilai budaya persaingan secara sihat untuk mencapai kejayaan.
Impak Kepada Pensyarah:
a. Memupuk jalinan kerjasama yang baik antara pelajar dan pensyarah.
b. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pensyarah dalam melahirkan graduan TVET yang berkualiti selaras dengan Lonjakan ke-4 PPPMPT 2015-2025.
c. Membuka ruang kepada pensyarah dari pelbagai institusi pendidikan untuk berkenalan dan bertukar-tukar pandangan serta ilmu berkaitan bidang Kejuruteraan Awam.
d. Memberi peluang dan pengiktirafan kepada pensyarah untuk memberi sumbangan kepakaran kepada pihak luar.
Impak Kepada Institusi Pendidikan:
a. Menjalin hubungan baik antara PSIS dengan institusi pendidikan yang lain bersama pihak industri dan komuniti.
b. Melaksanakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) berorientasikan pertandingan dengan menghasilkan 10 buah gazebo untuk kegunaan pelawat dan masyarakat setempat di ORS Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya, Selangor.
c. Memenuhi Petunjuk Prestasi (KPI) kolaborasi aktif PSIS dengan pihak industri LUAS.