NATIONAL COMPETITION SKILLS FIGHTER APPRENTICE GREEN GAZEBO 2019
PSIS & LUAS
Syarat Pertandingan
Setiap kumpulan diminta untuk membina sebuah gazebo bersama sistem tadahan air hujan dan kerja bata seperti pada pelan yang disediakan. Semua peserta adalah terikat kepada syarat-syarat pertandingan seperti berikut:
Tempoh pertandingan HARI : 03/9/2019 – 06/9/2019 (4 hari)
MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang (8 jam/hari).
1) Masa pertandingan boleh berubah bergantung kepada kemajuan kerja di tapak dan akan dimaklumkan semasa pertandingan berlangsung.
2) Projek mesti disiapkan walaupun tempoh pertandingan telah tamat.
3) Setiap institusi hanya boleh menghantar 1 pasukan sahaja.
4) Bilangan peserta : 10 orang setiap pasukan (8 orang pelajar dan 2 orang pegawai penyelia).
5) Setiap peserta mestilah pelajar dan pensyarah daripada institusi yang diwakili.
6) Penyelia dibenarkan untuk membantu kerja-kerja pembinaan.
7) Peserta dibenarkan menggunakan semua jenis peralatan pembinaan semasa menyertai pertandingan.
8) Hanya bahan binaan yang disediakan sahaja boleh digunakan dalam pertandingan.
9) Peserta mesti memakai PPE sendiri yang bersesuaian semasa berada di tapak pertandingan.
10) Peserta perlu mengutamakan keselamatan diri, peserta lain dan semua yang terlibat dengan pertandingan semasa berada di tapak pertandingan.
11) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kemalangan dan kematian akibat kecuaian peserta semasa pertandingan. Walaubagaimanapun pihak penganjur menyediakan first aids tool, kenderaan kecemasan dan pemakluman kepada klinik kesihatan berhampiran.
12) Penganjur boleh menangguhkan atau menamatkan pertandingan dengan sebab-sebab yang dirasakan perlu seperti keadaan cuaca, kecemasan dan sebagainya.
13) Pastikan semua pelajar dan pensyarah yang terlibat aktif kad CIDB bagi perlindungan insurans semasa pertandingan berlangsung.
14) Nama peserta dan no kad pengenalan peserta hendaklah dimaklumkan kepada urusetia dan dibuat semakan bagi proses pemberian sijil dan hadiah pertandingan.
15) Keputusan pertandingan adalah Hak Mutlak penganjur.