Unit Sukan yang diterajui oleh 2 orang Pegawai iaitu En Abdul Majid bin Udin dan Puan Siti Sarah merangkumi 3 bahagian iaitu Penyediaan & Pembangunan Atlet, Kemudahan & Peralatan dan Pembangunan Jurulatih/Pegawai. Selain memastikan kemudahan, fasiliti dan peralatan dapat digunakan dengan baik, turut merangka program dan aktiviti latihan bagi meningkatkan prestasi dikalangan atlet dan jurulatih. Disamping menyelaras aktiviti sukan dikalangan pelajar dan kakitangan, turut menyelaras persiapan & pengurusan atlet untuk penyertaan kejohanan & pertandingan. Maklumat lanjut boleh layari "Rakan Sukan JSKK PSP"
Unit Kokurikulum diterajui oleh Ketua Kursus Kokurikulum, En Mohd Kamal Bin Mat Desa bertanggungjawab memastikan semua program kokurikulum dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Secara umumnya, kokurikulum merupakan satu kursus wajib bagi semua pelajar semester satu dan dua dengan nilai 1 jam kredit. Pelajar semester satu diwajibkan mengikut modul Kokurikulum yang berkaitan Badan Beruniform, Kelab mahupun Persatuan. Modul-modul ini mendedahkan para pelajar kepada pelbagai aspek kemahiran asas individu dan kumpulan. Penilaian secara berterusan terhadap pelajar dibuat dalam bentuk amali dan teori menepati kehendak silibus yang terkini
Unit Kebudayaan diterajui oleh seorang pegawai yang dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik iaitu Puan Fazilatul Haida bt Hidzir. Di bawah unit ini terdapat beberapa kelab kebudayaan antaranya Kelab Kompang, Kelab Dikir Barat, Kelab Tari Tradisional, Kelab Teater, Kelab Kompang, Kelab Teater, Kelab Kolattam, Kelab Ultimate, Kelab Busking, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi dan Kelab Innocity. Kelab baru yang akan ditubuhkan adalah Kelab Gamelan. Pencapaian pelajar dalam kelab di bawah unit ini amat aktif dan banyak pencapaian yang membanggakan PSP telah berjaya disandang sepanjang kelab-kelab ini ditubuhkan terutama Kelab Tarian. Maklumat lanjut berkaitan aktiviti kelab dan pencapaiannya boleh dilihat dalam blog “Sanggar Mutiara”.