PENGENALAN JSKK

Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) secara amnya bertanggungjawab merangka, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau aktiviti sukan, kokurikulum & kebudayaan yang melibatkan Politeknik Seberang Perai. Khususnya, berperanan untuk melengkapkan kecemerlangan akademik pelajar selaras dengan pembangunan sahsiah dan jatiri yang seimbang. JSKK menguruskan keperluan peralatan dan memastikan segala kemudahan & fasiliti berada di tahap yang baik bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti. Selain itu, Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan segala aktiviti sukan riadah, kokurikulum & kebudayaan kepada seluruh warga Politeknik Seberang Perai, sama ada pelajar mahupun kakitangan. Diterajui oleh seorang Ketua Jabatan, En. Mariappen Gopalakrishnan dan dibantu oleh 5 orang pegawai yang merangkumi 3 unit iaitu Unit Sukan, Unit Kokurikulum, & Unit Kebudayaan Warisan.