PERATURAN

PERATURAN PENGGUNAAN FASILITI SUKAN


1. Semua permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh penggunaan.

2. Masa penggunaan adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 10.45 malam setiap hari

3. Pemohon perlu mengemukakan salinan pengesahan kebenaran kelulusan yang diterima melalui email yang dihantar oleh sistem sebagai bukti kebenaran penggunaan fasiliti pada tarikh penggunaan.

4. Sekiranya pemohon tidak menghadirkan diri dalam jangkamasa 30 minit maka dewan atau gelanggang akan ditutup dan dengan secara automatiknya tempahan tersebut akan terbatal.

5. Maksimum tempoh penggunaan adalah berdasarkan kepada kekosongan kemudahan sukan dan pengunaan kemudahan.

6. Pengguna hanya layak memohon 1 tarikh bagi setiap permohonan, dan layak semula membuat permohonan baru selepas tarikh penggunaan fasiliti yang diluluskan berakhir.

7. Pengguna hendaklah memastikan keadaan fasiliti yang digunakan berada dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas digunakan.

8. Pengguna dilarang merokok di dalam kawasan politeknik.

9. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman beralkohol di dalam kawasan

10. Tidak Dibenarkan membawa masuk segala peralatan seperti meja atau kerusi ke dalam gelanggang tanpa kebenaran daripada Pusat Sukan.

11. Pengguna mestilah memakai pakaian sukan dan berkasut sukan supaya tidak merosakkan permukaan gelanggang.

12. Pengguna mestilah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata sepanjang penggunaan gelanggang tersebut.

13. Pengguna perlu bekerjasama sepenuhnya dengan staf yang bertugas serta tidak menghalang staf menjalankan tugas-tugas pemantauan.

14. Pengguna perlu mematuhi segala arahan/peraturan yang ada apabila menggunakan gelanggang.

15. Kompaun akan dikenakan sekiranya didapati mana-mana pengguna yang tidak mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

16. Pihak Pentadbiran JSKK berhak membatalkan permohonan dengan serta-merta sekiranya terdapat pertindihan program dengan pihak Pengurusan Politeknik.