MANDAT
MANDAT
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
KPM Terus Maju ke Hadapan
Tahun 2025 menjadi tahun penting bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam merealisasikan reformasi pendidikan yang lebih holistik dan komprehensif. Dengan fokus kepada pemantapan sistem pendidikan, KPM memastikan sekolah di seluruh negara bersedia menerima kehadiran murid dengan kelengkapan yang mencukupi—daripada jadual waktu hingga penyediaan kantin dan bilik darjah.
Antara inisiatif utama:
✅ Tiada PDP minggu pertama—aktiviti pengenalan dan psikososial untuk keselesaan murid
✅ Penekanan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi menilai murid secara lebih menyeluruh
✅ Menangani isu keciciran murid melalui sesi ziarah, bantuan dan intervensi khas
✅ Sekolah baharu dibuka untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, menegaskan bahawa KPM tidak akan berpaling ke belakang dalam usaha memastikan pendidikan berkualiti dan relevan untuk generasi masa depan.
✅ Sekolah Satu Sesi Menjelang 2030
KPM sedang merancang untuk memastikan sekolah di seluruh negara beroperasi dalam satu sesi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Walaupun memerlukan masa, usaha sedang dijalankan dengan pembinaan sekolah dan bangunan tambahan.
✅ Kuasa 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
Sebanyak 122,000 murid masih belum menguasai asas 3M, dan selepas tiga bulan intervensi, 48,000 berjaya meningkat. KPM melaksanakan program khas Literasi & Numerasi (LINUS) serta intervensi sokongan pembelajaran bagi membantu murid menguasai kemahiran asas ini.
✅ Menangani Isu Keciciran Murid
Isu keciciran murid terus diberi perhatian dengan pelbagai inisiatif termasuk ziarah ke rumah, bantuan serta intervensi khas bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam pendidikan.
✅ Calon SPM Tidak Hadir Peperiksaan
Tahun lalu, 8,000 calon tidak hadir SPM walaupun telah mendaftar. KPM mengambil serius perkara ini dan berusaha memastikan lebih ramai pelajar hadir menduduki peperiksaan penting ini.
✅ Pelan Pendidikan Baharu
KPM sedang merangka Pelan Pendidikan Masa Depan Malaysia 2026-2036 untuk menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Fokus diberikan kepada pendidikan digital, penguasaan bahasa, TVET, serta pembangunan kurikulum yang lebih relevan dengan keperluan semasa.
KPM terus komited dalam usaha memperkasa sistem pendidikan negara agar lebih inklusif, holistik, dan berdaya saing. Mari kita bersama-sama menyokong usaha KPM dalam memperkasa sistem pendidikan negara.
#KPM
#PendidikanBerkualiti
INFOGRAFIK KPM
INFOGRAFIK JPN JOHOR
INFOGRAFIK PPD MERSING
INFOGRAFIK SETEGOH
GARIS PANDUAN TADBIR URUS "MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE (MySG)
GARIS PANDUAN
PEKELILING
WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM DI SEKOLAH
(PPP DAN AKP)
RUJUKAN:
i. Perintah Am Bab A-G
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5/1977 : Tugas-tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah
iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2/1981 : Ketetapan Masa di sekolah-sekolah
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu
Luang (Free Period) oleh Guru.
v. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1982 : Waktu Sekolah dalam Bulan Puasa.
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 10/1995 : Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah
vii. Surat Siaran KPPM Bilangan 5/1998 : Tanggungjawab Mengajar bagi Pengetua dan Guru Besar
di Sekolah.
viii. Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6/2005 : Cuti Rehat Tahunan kepada PGB.
ix. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/2005 & Surat Siaran KPM Bilangan 2/2016 :
Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu.
x. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 : Pelaksanaan Bekerja 5 hari seminggu
xi. Surat Siaran KPM Bilangan 7 Tahun 2015 : Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan.
xii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2016 : Kemudahan Cuti Kuarantin.
xiii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (Semakan 2017) secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 2017
xiv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 9/2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017
xv. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8/2017 : Cuti Rehat Khas PPP (10 hari mulai 1 Januari 2018)
xvi. Surat Siaran KPM Bilangan 11/2017 : Peringatan Pelaksanaan Tugas Guru dalam Cuti Penggal
Sekolah.
xvii. Pekeliling Perkhidmatan JPA Bilangan 6 Tahun 2019 : Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF)
di Agensi Kerajaan.
xviii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6 Tahun 2019 : Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020.
xix. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 : Dasar Bekerja dari Rumah
xx. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2000 : Hari Rehat SabtU