STANDARD GURU MALAYSIA 2.0
SGM 2.0 adalah dokumen rujukan berkaitan kompetensi yang perlu dicapai dan etika yang perlu dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleh guru di Malaysia.
SGM 2.0 terdiri dari dua komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika Keguruan. Dimensi Kompetensi menjelaskan kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme untuk melaksanakan PdP dengan berkesan. Manakala Etika Keguruan merupakan prinsip moral dan nilai akhlak yang seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia bagi memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional serta dipandang mulia oleh masyarakat.
TINDAKAN :
Semua PPP diminta lengkapkan Senarai Semak Kompetensi Diri SGM melalui Modul Individu Portal SPLKPM
Tarikh Akhir Pengisian : 31 Julai 2024.
Domain Yang Terlibat :
Domain 1 : Orientasi Ilmu
Domain 2 : Instruksional
Domain 3 : Pelibatan Komuniti
Domain 4 : Kualiti Peribadi
Hantar Cetakan PDF Analisa SSKD kepada Guru Data (Cikgu Izzati Najwa) dan SU LDP (Cikgu Zulaikha)
Penambahbaikan :
Tingkatkan ilmu dan kemahiran sendiri.
Inisiatif Sekolah - LPD, PLC secara berkelompok.