up Semua Guru SETEGOH
Assalamu a'laikum wrth / Salam Mahabbah
TINJAUAN AWAL BERKENAAN DENGAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN DIGITAL (DPD) DALAM KALANGAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membuat tinjauan tentang kesediaan dan pelaksanaan DPD di kalangan guru-guru KPM di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama semua guru untuk mengisi instrumen tinjauan tersebut pada pautan berikut:
https://bit.ly/tinjauanDPDGuru
Pengisian perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2024 (Khamis), jam 5.00 petang.
Terima kasih. Wassalam
Pengetua SMK FELDA Tenggaroh
21 Ogos 2024
Rabu
3.30 petang
SEMAK KEPUTUSAN TAHAP KOMPETENSI DIGITAL PPP
1. Log masuk SGMy (https://sgmy.moe.gov.my/)
2. Kompetensi Digital > Slip Pengesahan
Kata laluan sama dengan SPLKPM
PENCAPAIAN DIGITAL COMPETENCY SCORE (DCS) 2023
https://sites.google.com/view/ustp-ppdmg/teknologi-pendidikan/digital-competency-score-dcs/dcs-2023
Pengagihan Lesen Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) Bagi Memenuhi Keperluan Kursus Peningkatan Kompetensi Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
YB Menteri Pendidikan telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Februari 2024. Semua PPP akan memperoleh manfaat daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) ini bagi tempoh setahun mengikut 3 fasa yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pengagihan lesen SiPP kepada PPP yang terlibat untuk fasa 1 telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) bertarikh 8 Februari 2024.
SiPP juga boleh diakses melalui Modul Individu SPLKPM dan aktiviti pembelajaran dari SiPP akan direkod terus ke dalam e-Pembelajaran SPLKPM.