Tarian dabus ini tidak akan lengkap tanpa kewujudan sejenis alat pertahanan diri berupa besi yang tajam yang dikenali sebagai Anak Dabus. Maka, penggunaan anak dabus ini dalam tarian dabus adalah sebagai suatu identiti yang tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, tarian-tarian yang lain tidak sama seperti tarian dabus. Keunikan setiap tarian yang wujud adalah berbeza-beza dan mempunyai identitinya yang tersendiri. Identiti tarian dabus juga terletak kepada seni mempertahankan diri yang dijadikan seni tari.
ANAK DABUS