SYARAT UMUM PERTANDINGAN
Terbuka kepada seluruh mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia, Brunei Darussalam dan Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun.
Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 5 bagi peserta kebangsaan dan 3 USD bagi peserta antarabangsa.
Setiap karya yang dihantar mestilah sepenuhnya hasil karya asli peserta.
Setiap karya akan dinilai oleh panel juri dan keputusan adalah muktamad.
Tarikh tutup penghantaran karya pada:
20 MEI 2023
Masa: 17:00 petang (mengikut negara masing-masing)
Sebarang penghantaran selepas tarikh dan masa berkenaan tidak dilayan.
Keputusan pertandingan akan dimaklumkan dalam laman Facebook dan Instagram rasmi Persatuan Bahasa Melayu UPSI.
Peserta dibenarkan untuk menyertai kedua-dua kategori pertandingan. Bayaran dikenakan sebanyak RM 5/ 3 USD bagi setiap kategori.
Peserta yang pernah memenangi pertandingan seni khat Jawi sempena Program Semarak Jawi 1.0 dan 2.0 sebelum ini tidak dibenarkan untuk menyertai.
SYARAT KHUSUS SENI KHAT TULISAN JAWI KLASIK
Jenis khat tulisan Jawi klasik yang dipertandingkan ialah Khat Nasakh SAHAJA.
Setiap karya yang dihasilkan mestilah menggunakan dakwat kalis air yang berwarna hitam atau perang gelap (dark brown).
Karya yang dihantar mestilah menggunakan kertas bersaiz A3. Sebarang bentuk lakaran hiasan menggunakan tangan atau komputer dibenarkan.
Slogan yang perlu ditulis ialah:
“JAWI LAMBANG KEARIFAN LOKAL”
جاوي لامبڠ كعاريفن لوكل
Hasil karya yang telah diimbas (scan) dalam bentuk JPEG atau PDF perlu dihantar ke alamat e-mel (fbkperbayuupsi@gmail.com)
Peserta perlu menghantar hasil karya bersertakan butiran berikut:
NAMA PENUH
iNOMBOR KAD PENGENALAN (Malaysia)/NOMBOR PASPORT i(antarabangsa).
NAMA INSTITUSI
Karya mestilah asli dan bebas daripada sebarang bentuk plagiat
SYARAT KHUSUS SENI KHAT TULISAN JAWI MODEN
Jenis tulisan khat moden yang dipertandingkan ialah khat Kufi Murabba SAHAJA.
Setiap karya yang dihasilkan haruslah menepati hukum khat Kufi Murabba. Setiap tiang dan badan huruf yang ditulis di dalam petak hendaklah mematuhi hukum positif dan negatif.
Peserta boleh menggunakan aplikasi Microsoft Excel, Grid Apps dan mana-mana aplikasi yang bersesuaian.
Karya yang dihantar hendaklah mengikut saiz A4 yang telah ditetapkan. Sebarang hiasan di dalam penghasilan karya adalah dibenarkan.
Slogan yang perlu dihasilkan ialah:
“SEMARAKKANLAH JAWI”
سمارقكنله جاوي
Hasil karya hendaklah dihantar dalam bentuk JPEG atau PDF ke alamat e-mel (fbkperbayuupsi@gmail.com) .
Peserta perlu melabelkan dokumen PDF dengan butiran berikut:
NAMA PENUH
iNOMBOR KAD PENGENALAN (Malaysia)/NOMBOR PASPORT i(antarabangsa).
NAMA INSTITUSI
Karya mestilah asli dan bebas daripada sebarang bentuk plagiat
HADIAH
Tempat Pertama : E-book dan e-sijil
Tempat Kedua : E-book dan e-sijil
Tempat Ketiga : E-book dan e-sijil
Tempat Pertama : Plak beserta hamper dan e-sijil
Tempat Kedua : Plak beserta hamper dan e-sijil
Tempat Ketiga : Plak beserta hamper dan e-sijil
Sijil Penyertaan turut disediakan kepada semua peserta.
MyCat/CHAMP disediakan kepada pelajar UPSI.