PENGANJUR UTAMA
PERSATUAN BAHASA MELAYU (PERBAYU) UPSI
Facebook: www.facebook.com/perbayuupsi
Instagram: www.instagram.com/perbayuupsi/
PROFESOR MADYA DR. MAZURA@MASTURA BINTI MUHAMMAD
(Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
"Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab untuk melestarikan penggunaan bahasa Melayu dalam sistem tulisan Jawi. Menyedari peri pentingnya Jawi sebagai sistem tulisan ilmu yang digunakan sejak zaman berzaman, pelbagai usaha telah digerakkan agar penguasaan Jawi dapat disebar luas dalam kalangan masyarakat. UPSI telah membuktikan komitmen ini dengan menawarkan Program Minor Pengajian Jawi, bawah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM) di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK).
Di samping itu, penganjuran program-program yang bertujuan menyemarakkan lagi tulisan Jawi turut menjadi agenda Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), UPSI. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada PERBAYU dan JBKM kerana telah menjadi pelopor kepada usaha murni ini.
Tahniah dan terima kasih juga saya rakamkan kepada pihak Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam (KUPU SB) dan Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) atas kesudian menjadi penganjur bersama Program Semarak Jawi Antarabangsa 2023".
“MALAYSIA MADANI”
“PENERAJU KEBITARAAN PENDIDIKAN”
PENGANJUR BERSAMA
KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN (KUPUSB), BRUNEI DARUSSALAM
Facebook: www.facebook.com/KUPUSB
Instagram: www.instagram.com/kupusb_official/
USTAZ AZMAN KASSIM
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Brunei Darussalam
"Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berharap agar Program Semarak Jawi ini akan dapat mencapai objektifnya dalam mempertahankan tulisan jawi yang diwarisi sejak dulu lagi, di samping dapat mempamerkan bakat mahasiswa dan mahasiwi dalam menulis Seni Khat Tulisan Jawi Tradisional dan Moden dan berharap agar kolaborasi yang dijalankan antara institusi penganjur melalui program ini akan berterusan di masa hadapan."
TOKYO UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES (TUFS), JEPUN
Facebook: www.facebook.com/TUFS.PR
Instagram: www.instagram.com/tufs_tokyogaidai/
PUAN FARIDAH MOHAMED
Profesor Madya Khas
Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) , Jepun
"Golongan akademik Jepun yang membuat kajian tentang sejarah Tanah Melayu, ramai yang berusaha mempelajari tulisan Jawi. Ramai profesor di universiti-universiti di Jepun boleh menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik kerana bahan-bahan kajian lama yang mereka gunakan termasuk surat khabar dan majalah, semuanya dalam tulisan Jawi.
Selain golongan akademik, golongan pencinta seni tulisan kanji juga jatuh cinta pada tulisan Jawi. Ada antara mereka yang belajar bahasa Arab dan ada juga yang tidak pandai bahasa Arab mahupun bahasa Melayu tetapi tertarik dengan tulisan Jawi. Mereka datang ke kelas semata-mata untuk belajar menulis ayat-ayat dalam tulisan Jawi. Salah seorang daripada mereka pernah memasuki pertandingan tulisan Jawi yang dianjurkan oleh pihak Malaysia beberapa belas tahun dahulu dan telah berjaya menjadi johan.
Cara membaca dan menulis dalam tulisan Jawi ada diajar di TUFS dan beberapa buah universiti di Jepun. Antara mereka yang mengikuti kelas ini, ada yang berminat dengan ajaran Islam dan keindahan Al-Quran. Ada juga antara mereka yang telah memeluk agama Islam. InsyaAllah dalam masa terdekat ini, sebuah buku 'Jom Belajar Membaca dan Menulis dalam tulisan Jawi' untuk masyarakat Jepun akan diterbitkan. Semoga tulisan Jawi semakin harum dan terkenal di negara Matahari Terbit ini."