ڤروݢرم سمارق جاوي انتارابڠسا
ڤروݢرم سمارق جاوي انتارابڠسا
PENGENALAN
Program Semarak Jawi Antarabangsa merupakan program yang dianjurkan oleh Exco Akademik dan Kerjaya, Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Brunei Darussalam dan Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun.
LATAR BELAKANG
Program Semarak Jawi merupakan kesinambungan daripada program sidang lepas. Pada asalnya, program ini merupakan program anjuran Exco Kebajikan dan Kerohanian Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) di mana program ini telah dianjurkan sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2021 dan tahun 2022. Kini, program ini telah dikendalikan oleh Exco Akademik dan Kerjaya, Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU).
JUSTIFIKASI
Program Semarak Jawi Antarabangsa dianjurkan untuk mencungkil bakat terpendam mahasiswa dan mahasiswi dalam penulisan khat serta membantu mereka dalam meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan seni khat Jawi klasik dan moden. Lebih-lebih lagi, penganjuran program ini dapat menyemaikan lagi semangat cinta akan seni khat Jawi selain menambahkan kesedaran mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan kesenian khat Jawi.
KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan Seni Khat Jawi Klasik
Pertandingan Seni Khat Jawi Moden
PLATFORM PENGHANTARAN KARYA
E-mel: fbkperbayuupsi@gmail.com
VIDEO TEASER PSJA 1
VIDEO TEASER PSJA 2