Mass Gainer adalah suplemen tinggi protein dan kalori untuk bantu anda naikkan berat badan. Basically protein + gula/carbs untuk tinggikan kalori tu. Sesuai untuk orang underweight yang susah makan. BUKAN untuk orang yang berat biasa dan overweight. Ingat, kalori berlebihan akan naikkan lemak. Untuk naikkan otot anda perlu workout + protein cukup + kalori cukup (maintenance / slight deficit dah memadai, tak perlu surplus banyak).
Lazimnya, untuk tinggikan kalori dalam mass tu, ramuan paling murah dan mudah yang digunakan adalah gula maltodextrin.
Maltodextin ni karbohidrat ringkas (simple carbs) yang murah dan mudah dihadam, seringkali digunkaan sebagai pengisi (filler) dalam Mass Gainer. Walaupun ia bantu tambah kalori, tetapi ia mempunyai Glycaemic Index (GI) yang tinggi!
Kenapa GI tinggi tak bagus adalah ia menyebabkan gula dalam darah anda spike (naik secara mendadak). Untuk bantu kawal gula dalam darah, badan akan release insulin untuk turunkan balik gula dalam darah tu. Namun, kalau blood sugar spike ni kerap berlaku, sel kita akan menjadi kurang sensitif terhadap insulin (hence insulin resistance). Jadi paras gula dalam darah akan kekal tinggi... so jadilah Type 2 Diabetes.
Ingat, ini adalah penyakit kronik, bermaksud ia akan mengambil masa yang lama untuk terbentuk. Meskipun anda exercise, tak bermakna anda kebal dengan penyakit ni kalau ambil mass gainer yang low quality secara berlebihan.
Kalau maltodextrin ni gula, kenapa Mass Gainer saya rasa tu tak manis?
Struktur kimia adalah gula, tetapi rasa di lidah tak manis. Maltodextrin ni 1/5 manis berbanding gula pasir. Jadi brand boleh sumbat gula maltodextrin banyak2 tanpa anda rasa terlalu manis.
Kalau nak naik berat atau ‘bulk’, kita memang perlukan lebihan kalori. Tapi penting untuk kita dapatkan kalori dari sumber yang berkualiti, bukan semata-mata dari gula ringkas atau filler murah macam maltodextrin.
Karbohidrat Kompleks
Oat
Sweet Potato (ubi keledek)
Quinoa
Brown rice (beras perang)
Lemak Sihat
MCT oil
Coconut oil powder
Almond / Coconut powder
Olive powder / olive oil powder
Brown rice (beras perang)
Coach lebih prefer anda capai target kalori melalui pemakanan harian. Itu lebih baik dan sihat since kebanyakan mass gainer guna gula untuk capai kalori tu. Kalori kosong je. Lebih baik anda fokus kepada diet, selain kalori anda juga akan dapat nutrisi & micronutrients.
Kalau anda totally beginner dalam diet & kalori, Coach suggest dapatkan guide yang saya buat ni ni: Ebook Gain Weight Gameplan
Dalam tu Coach ajar basic nutrition, exercise & suplemen untuk naikkan berat badan secara sihat.
Tapi... kalaulah anda memeng susah nak capai target kalori harian dan memerlukan kemudahan mass gainer. Then bolehla beli... tapi pastikan mass gainer yang bagus. Itulah tujuan senarai mass ni dibuat. Pastikan anda buat pilihan yang bijak.
Sama seperti untuk protein,