Saya memang dah lama buat video kesedaran tentang scam protein ni. Namun in recent news, topik ni jadi viral sebab Muscle Mania Club telah hantar beberapa sampel brand protein tempatan dan expose scam ni (Seriously, claim 30g protein tapi ada 3.9 je!)
Sebab ini juga, ramai yang tanya saya tentang brand tertentu ni ok tak. Personally, saya tak suka mention specific brand melainkan lab result kukuh dah keluar. Saya lebih prefer buat video pendidikan supaya anda sendiri lebih pandai buat pilihan sendiri. Itu pun masih ramai yang tanya dan saya tak larat nak jawab satu satu. So why not buat satu website untuk rujukan anda semua. (Saya pun dah tak payah type panjang2, bagi link website ni je 😌).
Sebelum terus pergi ke senarai brand tu, sila baca info-info di bawah terlebih dahulu serta disclaimer. Website ni bukan untuk rujukan pantas, tetapi education hub untuk pengguna.
If you appreciate the effort, boleh pergi ke 'Support Me' page.
Amino spiking atau nama lainnya protein spiking adalah apabila pengilang tingkatkan nilai protein secara tiruan. Contohnya di packaging tulis 26g Protein per serving, tetapi sebenarnya mungkin 16g protein lengkap je anda dapat, selebihnya protein yang badan anda tak perlukan dan mungkin tak dapat manfaat pun.
Amino acid ni ada dua. Essential Amino Acids (EAA) dan juga Non-Essential Amino Acids (NEAA). NEAA ni adalah amino acids yang badan kita kita boleh hasilkan dengan sendiri, manakala EAA adalah amino acids yang badan kita hanya boleh dapati melalui diet. Terdapat 9 EAA. Jika sesebuah makanan ada kesemua 9 EAA, ia dipanggil sebagai complete protein.
Apakah contoh complete protein? Lazimnya semua protein haiwan seperti ayam, daging, ikan, udang, susu, telur, dll. Untuk tumbuhan, lazimnya ia adalah incomplete protein, iaitu ia ada sebahagian sahaja daripada EAA tu. Namun, ada juga tumbuhan yang complete protein seperti soya (dan produknya), kacang pea, quinoa, buckwheat, hempseed dan spirulina. (Sebabtu protein soya dan kacang pea ni bagus je sebenarnya).
Perasan tak molecule amino acid di atas ada Nitrogen (N)? Ini adalah keunikan protein berbanding dengan macronutrient lain (carbs & fats). Oleh itu, untuk kira kandungan protein, standard test adalah kira kandungan Nitrogen. Inilah kaedah kjedahl method.
Tapi kaedah ni tidak membezakan antara EAA dan NEAA serta bahan lain yang mengandungi nitrogen!
Jadi inilah bagaimana amino spiking berfungsi. Selain protein lengkap seperti whey, ada penambahan ramuan nitrogen lain untuk tingkatkan kandungan protein secara artificial. Orang sangkakan kandungan protein tinggi tu semuanya adalah complete protein yang berkualiti, tetapi in reality lebih rendah daripada ditulis.
Macam mana nak tahu spiking ni?
Luckily, ia adalah undang-undang untuk senaraikan segala ramuan yang telah ditambah. Tetapi seperti lab results ditunjukkan Muscle Mania Club, ada je manufacturer straight out lie. Tulis 30g protein tapi 3g je sebenarnya. Kalau spiking, atleast dia akan detect juga sebagai protein. Tapi kalau tipu macamni means ia digantikan dengan bahan lain yang lebih murah dari protein (maybe non-dairy creamer, tu yang fake protein ni berdebu dan rasa lemak manis). More about this dalam section 'Beza spiking vs misclaim / penipuan / fraud' di bawah.
Glycine, Taurine, Creatine, BCAA, Alanine, Proline, Serine, Arginine, Glutamine, Citrulline, Carnitine, Enzymes* (ok, yang ni technically ada nitrogen, tetapi kalau ikutkan kuantiti ia ditambah adalah sangat sedikit untuk menyumbang any significant amount of protein, so tak dikira sebagai spiking)
Betul, branched chain amino acid (BCAA) adalah 3 amino acid (leucine, isoleucine, valine) yang tergolong dalam EAA. TETAPI, kalau anda sudah ambil protein yang lengkap seperti whey, anda sudah dapat 9 EAA tu termasuk BCAA! So anda tak perlu pun ambil BCAA tambahan, no extra benefit muscle growth. And for whatever reason anda perlukan BCAA, better beli suplemen asing.
Untuk creatine pula, ya memang betul ia sangat function dan saya sangat sarankan. Tetapi, anda tak perlu beli yang premix dalam suplemen anda. Lebih baik beli asing, lebih mudah untuk anda kira dosage. Anda perlu 5g creatine sehari, any more than that no extra benefit. Tujuan sebenar ia ditambah dalam whey anda adalah untuk spiking, bukan untuk memudahkan anda. Creatine adalah lebih murah berbanding whey.
Jadi sekarang ni anda sudah tahu serba sedikit untuk detect amino spiking melalui senarai ramuan. Amino spiking sekadar 'memperdaya' pengguna yang tidak tahu, tetapi bukan 'menipu'. Amino spiking yang ditulis pada ingredients tak salah dari segi undang-undang. Tapi kalau menipu tu dikira sebagai fraud terus. Contohnya macam tulis 30g protein di label tetapi hanya ada 3g protein. Misclaim yang sangat besar. Untuk ini, memang rakyat marhaen tak boleh tahu sebab hanya lab test boleh buktikan. Sekali lagi, terima kasih Muscle Mania Club for the initiative. Pergi support diorang dengan follow page socmed mereka dan juga kalau nak beli protein import, beli dari kedai mereka.
Selain spiking, ada juga penambahan ramuan dalam suplemen protein anda yang mungkin anda tak perlukan.
Vitamin dan minerals. Tak perlu ditambah dalam suplemen protein anda. Fokus kepada real food, makan buah dan sayur tu. Kalau betul anda perlukan multivitamin dan minerals, beli terus suplemen tu asing.
Ramuan yang claim boleh tingkatkan Testosterone atau Growth Hormone. Takda bukti research bahan-bahan tersebut berkesan.
Kalau hydro whey ataupun whey hydrolysate dijual pada harga yang murah setanding dengan whey concentrate biasa. Itu juga suspicious.
Ini video penjelasannya: https://www.tiktok.com/@coachaizat/video/7492312583584763144