up : Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
PENDAFTARAN ID PENGGUNA DI SISTEM PENGURUSAN IDENTITI (idME) BAGI PELAKSANAAN SISTEM BERSEPADU KPM (MOE INTEGRATED SYSTEM – MOEIS) VERSI BETA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Surat JPNJ.100.15/3/23 (2) bertarikh 7 Disember 2022 dan Sesi Libat Urus pada jam 10.00 pagi 8 Disember 2022 adalah berkaitan.
MOEIS versi beta telah mula beroperasi pada 4 November 2022. Pihak pengguna boleh mula mengakses dan menggunapakai modul-modul yang ada dalam MOEIS. Namun demikian pengisian dan pengemaskinian maklumat di sistem sedia ada yang digunakan masih menjadi keutamaan sehingga diberitahu kelak.
Setiap pengguna MOEIS (kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, guru-guru dan ibubapa) perlu mempunyai id pengguna secara individu dan perkongsian id tidak lagi dibenarkan. Pengguna perlu mendaftar bagi mendapatkan ID menerusi aplikasi Sistem Pengurusan Identiti (idMe) di https://idme.moe.gov.my sebelum atau pada 26 Disember 2022 (Isnin).
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama tuan untuk memanjangkan perkara ini untuk tindakan guru-guru dan ibubapa sekolah masing-masing. Bersama-sama ini disertakan pautan panduan sistem idME bagi kakitangan KPM dan orang awam : https://bit.ly/bahan_MOEIS_SLU_PPD
Wan Nadzri bin Wan Mohamed
TPPD Perancangan
PPD Mersing
8 Disember 2022
up : Semua Pegawai dan AKP PPD Mersing
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
PENDAFTARAN ID PENGGUNA DI SISTEM PENGURUSAN IDENTITI (idME) BAGI PELAKSANAAN SISTEM BERSEPADU KPM (MOE INTEGRATED SYSTEM – MOEIS) VERSI BETA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Surat JPNJ.100.15/3/23 (2) bertarikh 7 Disember 2022 dan Sesi Libat Urus pada jam 10.00 pagi 8 Disember 2022 adalah berkaitan.
MOEIS versi beta telah mula beroperasi pada 4 November 2022. Pihak pengguna boleh mula mengakses dan menggunapakai modul-modul yang ada dalam MOEIS. Namun demikian pengisian dan pengemaskinian maklumat di sistem sedia ada yang digunakan masih menjadi keutamaan sehingga diberitahu kelak.
Setiap pengguna MOEIS (kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, guru-guru dan ibubapa) perlu mempunyai id pengguna secara individu dan perkongsian id tidak lagi dibenarkan. Pengguna perlu mendaftar bagi mendapatkan ID menerusi aplikasi Sistem Pengurusan Identiti (idMe) di https://idme.moe.gov.my sebelum atau pada 26 Disember 2022 (Isnin).
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama tuan mendaftar ID masing-masing dalam sistem MOEIS. Bersama-sama ini disertakan pautan panduan sistem idME bagi kakitangan KPM dan orang awam : https://bit.ly/bahan_MOEIS_SLU_PPD
Wan Nadzri bin Wan Mohamed
TPPD Perancangan
PPD Mersing
8 Disember 2022