Merancang, memacu, menyelaras, mengupaya dan mentadbir urus pengurusan perancangan, pelaksanaan hala tuju dan kualiti pendidikan di daerah selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan agensi melaksanakan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
Matlamat Strategik Sektor Perancangan PPD Mersing
Membudayakan pengurusan dan proses kerja yang berprestasi tinggi dalam mengoptimumkan kualiti pendidikan daerah Mersing.
Mempunyai sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan berinovasi.
Membangunkan pelan strategik pembangunan pendidikan daerah berfokuskan bimbingan dan sokongan kepada sekolah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB).
Menyelaras pangkalan data sebagai pusat sehenti bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
Menyelaras aduan awam dan urusan maklum balas pendidikan.
Sektor Perancangan PPD Mersing
Perbandingan Fungsi Sektor Perancangan di PPD dan JPN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
( 3 PEGAWAI DAN 1 PT )
Membangunkan pelan strategik pembangunan pendidikan daerah berfokuskan bimbingan dan sokongan kepada sekolah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB).
Menyelaras pangkalan data sebagai pusat sehenti bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
Menyelaras aduan awam dan urusan maklum balas pendidikan.
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
( 10 PEGAWAI DAN 4 PT )
Membangunkan pelan strategik pembangunan pendidikan negeri yang selari dengan pelan jangka panjang KPM.
Merancang dan menyelaras pengurusan transformasi PPD.
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan JPN dan PPD (OBB).
Menyelaras keperluan unjuran enrolmen, kelas dan guru di sekolah-sekolah bawah kawalan JPN.
Menyelaras pangkalan data sebagai pusat sehenti bagi JPN dan PPD.
Merancang dan menyelaras projek pembangunan termasuk skop dan anggaran kos bagi projek jangka panjang.
Menyelaras keperluan pembangunan bagi urusan pembukaan/pemindahan sekolah.
Menyelaras pemilihan program-program utama untuk dilaksanakan di peringkat negeri/wilayah dan PPD.
Menyelaras dan memastikan pematuhan / pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan daripada hasil laporan audit dan naziran.
Menyelaras, memantau dan memberi khidmat nasihat ke atas pematuhan dasar dan standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti, inovasi dan penyelidikan di peringkat JPN dan PPD.
Menyelaras Pengurusan Aduan Awam di peringkat negeri/wilayah.
Menyelaras maklum balas berkaitan pendidikan kepada pihak berkepentingan.
Agihan Tugas Pegawai dan Staf Sektor Perancangan
Perbincangan dan Penyelarasan Fungsi Sektor
"Pendidikan Holistik. Mengoptimumkan potensi. Memaksimumkan Keberhasilan."