Data EMIS digunapakai oleh Sektor Perancangan PPD untuk membuat perancangan bagi pembangunan, ubah suai dan naik taraf bagi sekolah-sekolah di daerah Mersing.
Pihak sekolah hendaklah sentiasa memastikan data EMIS dikemaskini dan disahkan pada setiap bulan.
Pihak sekolah juga boleh mengemaskini maklumat status kerosakan (dari semasa ke semasa) untuk ditentusahkan oleh Penolong Jurutera kami untuk proses selanjutnya. Pengesyoran daripada Penolong Jurutera penting untuk kami membantu pihak sekolah.