Toolkit PdP KBAT adalah manual pelaksanaan yang lengkap bagi sekolah untuk membudayakan KBAT dalam PdP. Ia diwujudkan bagi memenuhi keperluan guru dalam merancang dan melaksanakan PdP berteraskan KBAT melalui Inisiatif #20 PPPM : Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad ke-21. Toolkit ini mengandungi himpunan bahan-bahan aktiviti PdP berpusatkan murid, video strategi KBAT dalam PdP, contoh rancangan pengajaran harian (RPH) berteraskan KBAT, contoh item pentaksiran yang mempunyai elemen KBAT, buku rujukan yang berkaitan dengan PdP yang merangsang KBAT, serta bahan rujukan Program i-THINK. Himpunan bahan-bahan ini diharap dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan PdP dan seterusnya merangsang pembelajaran murid dalam kemahiran berfikir ke arah mencetuskan pengalaman pembelajaran lebih menarik dan bermakna.