Manual Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada tahun 2021 bagi memenuhi keperluan pentadbir dan guru untuk mendapatkan panduan tentang kaedah merancang dan melaksanakan program dan aktiviti KBAT di sekolah, selari dengan aspirasi murid dalam PPPM (2013-2025) iaiti kemahiran murid berfikir. Panduan yang terdapat dalam manual ini diharap dapat memantapkan lagi perancangan dan strategi pentadbir dan guru bagi meningkatkan dan melestarikan pembudayaan KBAT di sekolah