Pendudukan Jepun memberikan impak negatif terhadap keharmonian masyarakat. Keretakan hubungan kaum menyebabkan pelbagai usaha dilakukan bagi mengembalikan keharmonian masyarakat. Peristiwa ini memberikan iktibar kepada kita supaya mengelak daripada perkara yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum yang memberi ancaman kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kestabilan negara.
Perang Dunia I dan Perang Dunia II memberi kesan terhadap kehidupan manusia. Kesengsaraan dan kemusnahan akibat perang memberikan iktibar kepada kita tentang nikmat keamanan yang sewajarnya dipertahankan untuk kehidupan yang sejahtera. Kita perlu belajar untuk hidup bersama-sama bagi menjamin keadaan yang aman dan harmoni.