Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua berlaku selama 6 tahun (1939-1945) di dua medan petempuran, iaitu di Eropah dan Asia Pasifik. Peperangan di Eropah tertumpu di negarah Eropah dan utara Afrika, manakala peperangan di Asia Pasifik pula tertumpu di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Peperangan melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Paksi (Jerman,Itali dan Jepun) dan Kuasa Bersekutu (Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia).
Faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah
Kemunculan ideologi Baharu
Bagi mengatasi masalah yang wujud akibat kemelesetan ekonomi, penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal.
Fasisme di Itali
-Pimpinan Benito Mussolini dan Parti Fasis yang menguasai Itali pada 1922
-Fasisme: memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan percayakan nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imeg negara.
-Bagi memulihkan imej Itali meluaskan jajahan dengan kuasa Habsyah (Etiopia) dan Albania
Nazisme di Jerman
-Pimpinan Adolf Hitler dan Parti Nazi yang menguasai Jerman 1933
-Nazisme: mengagungkan bangsa Jerman
-Hitler berusaha memulihkan nasionalisme Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles, membina angkatan tentera semula dan meduduki Rhineland semula(wilayah yang hilang semasa Perjanjian Versailles)
Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles (Jerman dan Itali)
Jerman tidak puas hati kerana perjanjian;
-dianggap tidak adil
-menjejaskan kedaulatan negaranya
-kehilangan tanah jajahan
-perlu membayar pampasan perang tinggi menyebabkan kemelesetan ekonomi dan inflasi
Itali yang menyertai Pakatan Bertiga semasa Perang Dunia I tidak puas hati terhadap perjanjian kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland.
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
Liga Bangsa-Bangsa sebagai badan keamanan dunia dan wujudkan kerjasama antarabangsa gagal untuk menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia I.
Ini menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan dan meletusnya Perang Dunia II.
Cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia I
Krisis Manchuria (1931-1933)
-Jepun menakluki Manchuria, iaitu wilayah di bawah penguasaan China
Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)
-Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan tenteranya secara terbuka
Krisis Habsyah (1935-1936)
-Itali menyerang Habsyah di Afrika
Benito Mussolini
Adolf Hitler
Perang Dunia Kedua di Eropah
Perang Dunia Kedua di Eropah meletus apabila Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939. Peristiwa tersebut menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
Jerman menyerang menggunakan serangan Blitzrieq dan hampir keseluruhan Eropah Barat di kuasai Jerman menjelang 1941
Pengeboman Britain
Jerman melancarkan serangan dari udara dan laut selama setahun(1940-1941). Serangan ini berjaya menjejaskan ekonomi Britain
Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah
Pada Jun 1940, Jerman dan Itali menyerang Britain dan Perancis. Tentera Itali menyerang Perancis melalui arah selatan manakala tentera Jerman menyerang Perancis dari arah utara
Serangan Jerman ke atas Rusia
Jerman melancarkan Operasi Barbarossa iaitu serangan besar-besaran untuk mencapai cita-citanya menguasai seluruh Eropah.
Serangan blitzrieq
Operasi Barbarossa
Peta lokasi Perang Dunia II di Eropah (1939-1941)
Hitler bergambar di hadapan Eifel Tower,Paris setelah Jerman berjaya menawan Perancis
Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah
Faktor kejayaan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia II di Eropah
Kerjasama Kuasa Besar
Presiden Amerika Syarikat iaitu Franklin Roosevelt , Perdana Menteri Britain iaitu Winston Churchill dan Presiden Rusia iaitu Joseph Stalin sering bertemu untuk membuat keputusan politik dan ketenteraan.
Tentera Bersekutu iaitu tentera darat,udara dan laut beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat.
Keberkesanan Strategi Serangan
Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan dalam operasi menawan Rusia membawa kegagalan
Kuasa Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat unggul dalam perancangan ketenteraan (kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy,Perancis)
Kegagalan Operasi menawan Rusia
Faktor kegagalan Jerman
Pada awal serangan terhadap Rusia berjalan dengan lancar. Namun tentera Jerman banyak terkorban apabila melewati 2 musim sejuk di Rusia.
Tempoh perang yang panjang menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan yang melemahkan semangat tenteranya
Jeneral Jerman, Friedrich Von Paulus mengingkari perintah Hitler untuk meneruskan peperangan dan menyerah kalah kepada tentera Rusia di Stalingrad pada bulan Januari 1943.
Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
Operasi kod "D-Day"
Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy, Perancis pada Jun 1944.
Tentera Bersekutu berjaya memperdayakan tentera Jerman dengan menyebarkan maklumat yang meyakinkan tentera Jerman bahawa pendaratan tentera Bersekutu akan berlaku di Calais, bukannya di Normandy.
Ia telah meningkatkan semangat tentera Bersekutu dan menjadi titik tolak kepada kajayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah daripada penaklukan Jerman
Tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah Barat dan tentera Rusia menyerang Jerman dari bahagian Timur.
Kematian Hitler
Kematian Hitler pada April 1945 menyebabkan Jerman menandatangi perjanjian menyerah kalah
Perang yang berlangsung selama 6 tahun di Eropah tamat
Kejayaan perang di Eropah
Tentera Bersekutu memberi perhatian kepada peperangan di Asia Pasifik menghadapi kemarahan tentera Jepun
Tiga tokoh besar dunia yang telibat dalam Perang Dunia II
Poster propaganda pihak Bersekutu menentang Jerman dalam Perang Dunia II di Eropah
Peta pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis