Perang dunia pertama berlaku selama 4 tahun (1914-1918)
Dua pakatan ketenteraan yang terlibat ialah kuasa tengah dan pakatan bertiga
28 Julai 1914
Austria-Hungary dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia
30 Julai 1914
Rusia bertindak memberikan bantuan ketenteraan untuk mempertahankan Serbia
1 Ogos 1914
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia
3 Ogos 1914
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis yang menyebelahi Rusia. Jerman mencerobohi Belgium untuk menyerang Perancis
4 Ogos 1914
Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jermen yang menceroboh Belgium
Oktober 1914
Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan dengan memihak kepada Kuasa Tengah
Mac 1915
Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga
April 1917
Amerika Syarikat menyertai peperangan dengan memihak kepada Pakatan Bertiga
Persaingan Kuasa Imperialis
Persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh bahan mentah serta memasarkan hasil industri. Hal ini menyebabkan berlaku permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah.
Pakatan Ketenteraan
Pembentukan pakatan ketenteraan seperti kuasa tengah dan pakatan bertiga telah menyebabkan ketidakstabilan politik. Seterusnya, mereka juga menghasilkan senjata moden untuk persediaan bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
Krisis Rantau Balkan
Berlaku peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.
Archduke Ferdinand dan Sophie
Persidangan Damai Paris
Pada 18 Januari 1919, persidangan damai paris diadakan untuk membincangkan syarat perdamaian selepas perang yang merangkumi dua prinsip iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat dan sempadan negara berasaskan bangsa
Perjanjian Versailles
Perjanjian ini ditandatangani oleh pakatan bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Jerman dikehendaki:
bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang
membayar pampasan kepada Pakat Bertiga
mengehadkan saiz angkatan tentera
menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga serta menubuhkan Liga Bangsa-Bangsa.
Perjanjian Versailles ditandatangani
Keruntuhan Pemerintahan Beraja
Jerman- Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta dan mendapat perlindungan politik di Belanda
Austria- Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya
Rusia- Revolusi di Rusia menumbangkan pemerintahan baraja Tsar Nicholas II dan kerajaan komunis pertama di dunia terbentuk di bawah Vladimir Lenin
Empayar Uthmaniyah- Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan dan kerajaan Turki bercorak republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk.
Kemunculan Negara Baharu
Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara baharu seperti Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia
Perpecahan Empayar Rusia melahirkan Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania
Perpecahan Empayat Uthmaniyah melahirkan negara Lebanon, Syria dan Iraq
Kesan terhadap Negara Kita
Bagi menyekat kebangkitan orang Melayu, Raja-raja Melayu diminta menandatangani pengisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada kerajaan British
Undang-undang yang berkaitan dengan perang diluluskan oleh British seperti memperuntukkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu dibawah undang-undang tentera jika keadaan memerlukan
British memanipulasi ekonomi Tanah Melayu seperti wang hasil timah dan getah yang digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama
Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Republik Turki