LAMAN UTAMA SDH HSIS SERDANG
SEJARAH PENUBUHAN SDH HSIS SERDANG
Program Sekolah Dalam Hospital adalah cetusan idea Y. Bhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee Abdul Rahman, yang dilancarkan pada 26 Julai 2011 oleh mantan Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Mohd Yassin. Program ini telah diperluas secara berfasa ke 17 buah hospital kerajaan dan Hospital Universiti di seluruh Malaysia.
Pada asalnya program ini dilaksanakan secara projek rintis di tiga buah hospital dan salah satunya adalah
SDH HSIS Serdang (dahulunya dikenali sebagai SDH Hospital Serdang)
yang dibuka secara rasmi pada 18 Julai 2011.
Kini SDH HSIS Serdang beroperasi dengan kekuatan seorang penyelia dan tujuh orang guru,
yang dibantu oleh dua orang pembantu pengurusan murid.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MATLAMAT
Menyediakan pusat pembelajaran yang kondusif bagi murid
yang sedang menerima rawatan di HSIS Serdang
KRITERIA MURID YANG DIRUJUK KE SDH
Murid warganegara Malaysia sekolah rendah dan menengah yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
Murid yang dijangka menerima rawatan sekurang-kurangnya tiga hari di hospital
Murid yang mempunyai kesediaan klinikal, fizikal dan mental untuk belajar yang diperakukan oleh pegawai perubatan
Murid yang memenuhi kriteria berikut layak dipertimbang untuk mengikuti Program SDH:
(a) murid yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Harian
(b) murid yang menjaga pesakit di wad
(c) murid lain mengikut budi bicara penyelia dan pihak hospital
(d) murid prasekolah
RISALAH RASMI SDH HSIS