PROGRAM/ AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN
Terpancar kegembiraan pada wajah murid-murid di kala dapat bersama-sama menunjukkan rasa bangga dengan tanjak warisan negara bermotifkan Jalur Gemilang yang dihasilkan. Murid dapat menyemai semangat cintakan tanah air dan penghormatan kepada Jalur Gemilang.
PROGRAM/ AKTIVITI BULAN OKTOBER
Sepanjang bulan Oktober ini berlangsung, pelbagai aktiviti KoKurikulum telah dirancang dan dijalankan dengan jayanya. Guru-guru sentiasa mempelbagaikan bahan dan aktiviti murid dengan mengasah kemahiran psikomotor dan kognitif murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Murid dan ibu bapa turut memberikan respon positif serta melahirkan rasa seronok dan gembira semasa aktiviti dijalankan.
PROGRAM/ AKTIVITI SOLIDARITI PALESTIN
'PRAY FOR PALESTIN'. SDH HSIS Serdang turut bersama-sama dalam menunjukkan pendirian terhadap isu kemanusiaan di Palestin. Sehubungan itu, SDH telah menjalankan satu aktiviti mewarna poster bersama murid-murid di sini. Guru-guru turut berkongsi pengetahuan tentang kepentingan generasi kini untuk terus mendaulatkan keamanan negara. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap isu keamanan hak asasi kemanusiaan di Palestine dan hak perlindungan kanak-kanak. Di akhir aktiviti ini, murid dapat menghasilkan Poster Solidariti Palestin dengan kemas dan berwarna-warni.
PROGRAM/ AKTIVITI BULAN NOVEMBER
Sepanjang bulan November ini, pelbagai aktiviti KoKurikulum telah dirancang dan dijalankan dengan jayanya. Murid dapat menghasilkan binaan bertajuk Persekitaran Perumahan Saya dan Kitaran Air Semulajadi dalam bentuk tiga dimensi yang diwarnakan dengan cantik.