Minggu Sains dan Matematik merupakan salah satu aktiviti tahunan SDH Hospital Serdang. Program ini telah diadakan pada hari Selasa, 24 Oktober 2023. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh guru-guru untuk murid di kelas dan wad. Aktiviti Sains terdiri daripada empat eksperimen yang diadakan di kelas. Murid diberikan satu lembaran kerja bagi merekodkan hasil eksperimen. Eksperimen yang dijalankan adalah berkaitan larutan, ketumpatan, gerak balas tumbuhan terhadap air, serta zarah dan jirim. Sebagai penutup aktiviti, murid yang mengambil bahagian dalam eksperimen tersebut diberikan hadiah penghargaan atas pelibatan mereka.
Murid-murid di wad pula berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti Matematik iaitu permainan Sudoku dan Buku Mini Sifir. Mereka dibimbing untuk memahami kaedah menyelesaikan puzzle Sudoku dan melengkapkan jadual sifir yang menarik.