PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SDH HSIS SERDANG SESI I
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SDH HSIS SERDANG SESI II
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SDH HSIS SERDANG SESI I
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SDH HSIS SERDANG SESI II
Perkongsian Modul Amalan Terbaik 2023 Sekolah Dalam Hospital Serdang dilaksanakan pada 6 Oktober 2023 secara dalam talian melalui Google Meet. Sesi ini melibatkan para pegawai daripada JPN Selangor, para penyelia dan guru-guru SDH Negeri Selangor.
Aktiviti yang dikongsikan sesuai bagi mata pelajaran Bahasa dan Matematik bagi murid prasekolah dan sekolah rendah. SDH Serdang menyediakan empat modul amalan terbaik iaitu Babap Kan Dia!, Oom Chak!, Project Based Learning (PBL) Perimeter Taman Perumahan dan Permainan Perlumbaan Permudahkan Pecahan. Bahan-bahan bagi kesemua aktiviti ini mudah disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Paling penting sekali, aktiviti tersebut amat menyeronokkan dan mampu mendorong pelibatan murid secara aktif dalam PdP.
Adalah diharap perkongsian ini dapat merangsang penjanaan idea dan cetusan kreativiti guru-guru dalam merancang aktiviti PdP, seterusnya membantu guru-guru melaksanakan PdP dengan lebih berkesan.
KUNJUNG BANTU & MAJLIS PENYAMPAIAN TABLET UNTUK PROGRAM SDH NEGERI SELANGOR OLEH JPN
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) telah membuat kunjung bantu ke SDH Serdang pada 26 September 2023. Kunjung bantu ini melibatkan perbincangan antara puan Azlina binti Ishak (Penolong Pengarah USJK JPN Selangor), puan Rusilah binti Hasan (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Perdana) dan penyelia SDH Serdang untuk membincangkan isu-isu pengurusan dan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan pengurusan SDH Serdang.
Majlis seterusnya ialah sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) kepada guru-guru SDH Negeri Selangor dan taklimat peminjaman aset alih oleh Encik Asyren bin Arshad. Penyerahan tablet iPad Apple 9th Generation 64GB telah disempurnakan oleh Puan Radzilah binti Mohd Rafee (Ketua Penolong Pengarah Kanan USJK JPN Selangor) kepada ketiga-tiga penyelia SDH Negeri Selangor. Dengan adanya sumbangan ini, guru-guru diharap dapat memanfaatkan tablet tersebut secara optimum sebagai alat bantu mengajar berinteraktif yang mampu menarik minat murid dan meransang mereka untuk terlibat secara aktif semasa PdP.
Segala usaha pihak JPN Selangor sentiasa dialu-alukan dalam membantu menambah baik perkhidmatan di SDH Serdang. Diharap usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi demi meningkatkan kecemerlangan pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang menerima rawatan di hospital.
Pada 11 April 2023 bertempat di SDH Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (HPPUM), SDH Negeri Selangor telah menerima sumbangan tablet daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO). SDH yang terlibat adalah SDH Serdang, SDH HPPUM dan SDH Hospital Selayang. Tablet tersebut adalah untuk digunakan semasa PdP bagi menarik minat murid dan memudahkan guru melaksanakan PdP di hospital. Majlis penyerahan tablet telah diadakan sempena lawatan TKPPM Sektor Dasar dan Kurikulum ke sana.
Penggunaan peranti tersebut diharapkan dapat meningkatkan kompetensi PdP dalam kalangan guru SDH HSIS di masa akan datang.