Majlis Perasmian Program NILAM, Galakan Membaca dan Perpustakaan Digital

Pada tanggal 1 Mac 2021, Majlis Perasmian Program Nilam, Kempen Galakan Membaca dan Perpustakaan Digital telah dilaksanakan secara digital.


🔸Bermula pada tahun ini, bacaan Nilam direkodkan secara atas talian melalui laman web IQ-NILAM . Untuk memudahkan dan menggalakkan murid-murid untuk merekodkan bacaan mereka, Unit Pusat Sumber SMKSR telah mewujudkan perpustakaan digital khas untuk murid-murid SMKSR.


Tanpa melengahkan masa, mari kita menonton video pelancaran: https://youtu.be/5GHjx-t3_fI


Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua, Tn. Hj. Azhari b. Jaafar atas kesudian beliau untuk merasmikan program pada pagi ini.


🔸Diharapkan, ibu bapa dan guru-guru sama-sama dapat memberikan dorongan dan galakan kepada murid untuk membaca dan merekodkan bacaan mereka.


Berikut adalah pautan-pautan yang berkenaan:


🔹Youtube Pusat Sumber SMKSR :

https://youtube.com/channel/UCA_DX-cn4jiD85M7J3oPO3w


🔹Perpustakaan Digital SMKSR: https://sites.google.com/view/pusatsumbersmksr


Alhamdulillah selesai sudah majlis kita pada pagi ini. Mohon jasa baik ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian dapat merekodkan data kehadiran ke majlis ini dalam pautan Google Form yang telah disediakan. Ampun dan maaf kerana mencuri sedikit masa dan data internet ibu bapa dan guru-guru sekalian.


🔹 Google Form: https://forms.gle/UspmXb8vDJupucYe9


Marilah kita panjatkan doa semoga setiap apa yang kita lakukan selama ini diganjari pahala oleh Allah dan semoga setiap anak-anak di SMKSR sentiasa cemerlang walau di mana jua mereka berada.


Sesungguhnya kalian adalah individu HEBAT. Sekian, terima kasih.



#kitajagakita

#staysafe

#stayhome