GALERI

Program IQRA'

Program ini merupakan salah satu aktiviti Kempen Galakan Membaca. Program ini dijalankan pada setiap pagi sebelum perhimpunan bermula.

Murid-murid akan mengambil bahan bacaan seperti buku atau artikel daripada bakul NILAM yang disediakan.

Penyediaan bahan bacaan

Salah satu aktiviti yang dijalankan ketika waktu kokurikulum ialah penyediaan bahan bacaan untuk program NILAM. Bahan bacaan ini merupakan artikel yang dipilih daripada akhbar dan majalah lama.

Aktiviti ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran literasi maklumat PPS dimana mereka dilatih untuk menulis butiran artikel seperti nama pengarang, tajuk artikel, nama majalah/akhbar, penerbit, dan tahun terbit dengan betul.

Selain itu, penyediaan bahan ini juga dapat membantu guru-guru untuk menjayakan program NILAM dengan lebih efektif. Oleh kerana masa yang terhad, murid-murid lebih tertarik untuk memilih dan membaca bahan bacaan ini di waktu pagi (Program IQRA') dan semasa ketiadaan guru (waktu "relief" ).

Bengkel proses teknik buku

Semua bahan ( buku dan bukan buku ) di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses supaya dapat diedarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat. Oleh itu, bengkel ini diadakan bagi melatih PPS untuk memproses buku dengan cara yang betul.

Cara memproses buku dan bahan bukan buku juga berbeza. Jadual kerja untuk proses teknik buku diasingkan mengikut jenis bahan yang diproses.

Bengkel perekodan dan pengiraan data NILAM

Pada setiap awal tahun, semua pengawas pusat sumber (PPS) diberikan pendedahan tentang sistem perekodan dan pengiraan data NILAM yang terkini.

Manakala pada setiap bulan May dan Oktober, pengawas pusat sumber (PPS) akan membantu GPM dan Guru NILAM untuk membuat semakan dan pengiraan data NILAM bagi semua murid SMK Sungai Rambai.

Mulai tahun 2021, sistem perekodan akan dibuat secara dalam talian oleh murid sendiri. Penggunaan buku NILAM tidak lagi digunakan. Oleh itu, PPS akan ditugaskan sebagai agen penyebaran maklumat bagi memudahkan murid-murid lain untuk memahami cara perekodan NILAM yang betul.