Akses terbuka merupakan sebuah pangkalan data teks penuh yang boleh diakses secara percuma tanpa ada sekatan dari segi pembayaran dan boleh diakses oleh sesiapapun di seluruh dunia. Akses terbuka ini mengandungi segala jenis bahan daripada yang bersifat umum sehinggalah artikel jurnal ilmiah, saintifik dan berkualiti. Penerbitan artikel ilmiah terus berkembang dari semasa ke semasa dan pada 2010, lebih daripada 40 juta artikel telah diindeks oleh Scopus manakala 2016 pula, jumlah penerbitan ilmiah yang diindeks oleh Scopus bagi Malaysia ialah sebanyak 24,168 artikel iaitu jumlah terbanyak di Asia Tenggara.