DPD diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mei 2023.
Ia dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 28 November 2023 dengan visi melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Melalui dasar ini, murid fasih digital dapat dibangunkan untuk memenuhi keperluan era digital; di samping mengupaya pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasi teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.
Selain itu, dasar ini juga dapat memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; serta mengoptimum pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.
Objektif Dasar Pendidikan Digital ini ialah:
Melahirkan murid fasih digital untuk memenuhi era digital
Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan
Memperkukuhkan infostruktur, infrastruktur dan kandungan pendidikan digital
Mengoptimumkan penglibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.
Dasar Pendidikan Digital ini amat penting dalam pendidikan zaman sekaran kerana ia membantu dalam:
Meningkatkan tahap kebestarian sekolah yang saat ini masih pada tahap sederhana.
Mengatasi cabaran seperti kekurangan infrastruktur yang memadai dan isu tadbir urus.
Meningkatkan kompetensi digital murid yang masih berada pada tahap sederhana.
Menangani kekurangan dalam kapasiti pengkomputeran dan peranti digital di sekolah.
Mengatasi cabaran PdP yang timbul akibat pandemik COVID-19.
Hala tuju DPD adalah untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing. Oleh itu, strategi dan inisiatif disusun agar sejajar dengan objektif DPD, iaitu:
Membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital;
Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan;
Memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; dan
Mengoptimumkan pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.
MURID FASIH DIGITAL
PENDIDIK KOMPETEN DIGITAL
BUDAYA KEPIMPINAN DIGITAL BERWAWASAN
PENGUPAYAAN INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR
KANDUNGAN DIGITAL BERKUALITI
RAKAN STRATEGIK YANG KOMITED