PUSAT SUMBER TELAH MENGADAKAN AKTIVITI KOLABORATIF BERSAMA PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH , UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNTUK PELAJAR 2 DVM KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
PADA 4 - 11 JULAI 2019
Program Kolaboratif antara JK Pusat Sumber Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru dan Pihak Pustakawan Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Malaysia mengadakan sesi pencarian maklumat Projek Tahun Akhir bersama semua pelajar 2 DVM telah mencapai tujuan-tujuan seperti berikut:
1. Meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan pelajar 2DVM melalui perkongsian bersama para pustakawan bertauliah .
2. Membantu pelajar membuat penambahbaikan dalam hasil kajian khususnya penulisan Bab 2 iaitu kajian literatur.
3. Memberi pengalaman kepada pelajar dalam satu usaha kolaboratif di antara dua institusi pendidikan.
Program ini dapat memupuk minat menjalankan kajian ilmiah yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar diploma melalui peluang memperolehi kemahiran literasi maklumat yang mencakupi strategi pencarian maklumat, teknik-teknik pencarian maklumat, penggunaan enjin pencarian Google , penggunaan portal rasmi atau sumber pangkalan data umum dan cara membuat citasi dengan lebih efektif bersama tenaga pengajar yang bertauliah dan wibawa.
Bersama 2 DBG1
Bersama 2 DBE 2
Bersama 2 DKA
Makmal Komputer PRZS
Bersama 2 DBE 1
Bersama 2 DBG2