PERATURAN PUSAT SUMBER KKTB
Pengguna mesti sentiasa berkeadaan senyap apabila berada di dalam Pusat Sumber.
Segala kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber adalah untuk pengguna yang berdaftar sahaja.
Semua beg atau bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber.
Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas semua bahan yang dipinjamnya.
Bahan Pusat Sumber tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran Penyelaras Pusat Sumber.
Menempah tempat duduk adalah dilarang walaupun untuk tempoh yang singkat.
Semua buku, fail-fail, beg dan barang-barang persendirian yang ditinggalkan di atas meja akan dikeluarkan oleh kakitangan Pusat Sumber bagi kemudahan pengguna lain.
Buku-buku yang dipinjam adalah dianggap masih lagi di dalam pinjaman sehingga rekod dibatalkan melalui Kaunter Pinjaman. Peminjam juga hendaklah memastikan bahawa tarikh pemulangan adalah dibatalkan semasa buku dikembalikan.
Kakitangan Pusat Sumber berhak untuk meminta pengguna yang dianggap mengganggu ketenteraman pengguna lain supaya keluar dari Pusat Sumber.
Pengguna Pusat Sumber hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan mengikut Etika Pakaian yang dikeluarkan oleh Hal Ehwal Pelajar (bagi pelajar). Kakitangan Pusat Sumber berhak untuk meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan ini supaya meninggalkan Pusat Sumber.
Denda dan/atau penggantungan dari menggunakan kemudahan Pusat Sumber boleh dikenakan jika didapati pengguna melanggar peraturan Pusat Sumber.
Tidur, merokok, makan dan minum di dalam Pusat Sumber adalah dilarang.