Pengenalan 

Pusat Sumber KKTB wujud seiring  dengan penubuhan Kolej Komuniti Tangga Batu sebagai peneraju pusat pembelajaran dan perkhidmatan maklumat. Perpustakaan ini pada dasarnya menyokong pembelajaran dan penyelidikan bagi program Sijil Pengembaraan Pelancongan yang ditawarkan di sini. 

Objektif utama perpustakaan adalah untuk menyediakan koleksi bahan rujukan yang luas untuk pembelajaran serta bahan bacaan tambahan untuk pelajar, pensyarah dan kakitangan KKTB. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di KKTB. Oleh itu, pengambilalihan maklumat dalam bentuk bahan bercetak, pangkalan data multimedia dan dalam talian dirancang untuk dijalankan secara aktif. 

Ketika ini, Pusat Sumber KKTB masih menggunakan proses tempahan secara manual di kaunter dan online ( akaun berdaftar). Dengan adanya kemudahan laman ini , ia membolehkan para pengguna mengakses deskripsi maklumat, meminta bahan pinjaman dan membaharui bahan pinjaman melalui Internet. Pengguna boleh menjalankan urusan carian dengan mudah dan berkesan dengan menggunakan perkhidmatan semakan diri yang disediakan di sini.

Koleksi terkini Pusat Sumber KKTB terdiri daripada pelbagai subjek seperti Pengurusan, Pelancongan, Pengajian Am, Komunikasi, Kaunseling, dan bacaan santai.