Selamat Datang Ke Site Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur
PEMBANGUNAN PKN
Perkembangan PKN sentiasa diberi perhatian sejak RMK ke 7 lagi. Pembinaan Pusat Kokurikulum yang baru telah dimasukkan dalam RMK ke 9 iaitu Selangor, Terengganu, Kedah, Sabah dan Johor. Walau bagaimanapun sehingga tahun 2016 hanya PKN Selangor yang telah berjaya disiapkan dengan perbelanjaan berjumlah 47 juta dan kini telah beroperasi sepenuhnya. Manakala Pusat Kokurikulum Terengganu pembinaannya telah siap dan sepatutnya mula beroperasi pada tahun 2015 tetapi tidak dapat berjalan seperti yang dirancang kerana ketiadaan kemudahan jalanraya untuk perhubungan. Adalah diharapkan pembinaan PKN seterusnya akan dapat dilaksanakan melalui RM ke 12 nanti.
Sehingga kini semua PKN mempunyai kemudahan untuk menjalankan aktiviti pendidikan luar. Semua kemudahan ini diperolehi melalui peruntukan kewangan yang disalurkan melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM. Kemudahan-kemudahan tersebut disediakan secara berperingkat-peringkat mengikut peruntukan yang ada ketika itu, Walau bagaimana pun tidak semua PKN mempunyai kemudahan bangunan dan peralatan akitiviti yang lengkap dan memuaskan. Namun secara keseluruhannya segala aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan disemua PKN berjalan dengan baik dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.