Selamat Datang Ke Site Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur
Dalam merealisasikan Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui aspek Kokurikulum, kewujudan Pusat Kokurikulum Negeri di seluruh Negara dapat membantu proses melaksanakan program-program Kokurikulum secara berkesan.
Kewujudan Pusat Kkurikulum Negeri seterusnya dapat melaksanakan aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peringkat pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai yang membawa kea rah kecemerlangan individu.
Pusat Kokurikulum menyediakan prasarana Pendidikan Luar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk warga pendidikan dan agensi-agensi luar yang dibenarkan.Selain itu, Pendidikan Luar di Pusat Kokurikulum Negeri di samping merentas kurikulum, aktiviti yang ditawarkan juga pelbagai dan menggunakan peralatan, kemudahan serta lokasi aktiviti yang rencam. Kurikulum Pusat Kokurikulum adalah berasaskan latihan dari segi Jasmani, Emosi, Intelek, Sosial, Rohani dan ketatanegaraan yang disepadukan dalam aktiviti yang disusun melalui Kurikulum Teras dan Kurikulum Pilihan.Â