KOLEKSI RUJUKAN
Koleksi rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, direktori dan panduan bahan Perpustakaan juga disediakan. Koleksi Rujukan tidak boleh dipinjam. Pengguna hanya dibenarkan untuk membuat rujukan di Perpustakaan sahaja. Koleksi ini ditempatkan di Bilik Rujukan, Aras 1 Perpustakaan PUO.
KOLEKSI BERTANDA MERAH (RED SPOT)
Koleksi Red Spot ialah buku yang diberi tanda dengan sticker merah pada bahagian tulang buku (Spine). Buku-buku tersebut dikategorikan sebagai Red Spot berdasarkan salah satu atau beberapa kriteria seperti berikut :
Harga melebihi RM 50.00
Sumbangan khas daripada pihak tertentu
Penerbitan dan edisi yang terhad
Buku-buku terlaris di pasaran
Tajuk-tajuk peristiwa bersejarah
Berukuran besar
Berkulit tebal
Rak buku Red Spot diletakkan di tempat yang terjamin keselamatannya seperti dalam bilik khas atau ruang yang tertutup. Tempoh pinjaman buku-buku tersebut ialah sehari sahaja. Sekiranya gagal memulangkan pada tarikh yang ditetapkan peminjam akan dikenakan denda dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan.
KOLEKSI RAK TERBUKA (OPEN SHELVE)
Koleksi rak terbuka terdiri daripada buku teks dan monograf pelbagai mata pelajaran yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran dan pengajaran Politeknik Ungku Omar. Semua kakitangan akademik, pelajar dan ahli berdaftar yang sah di Perpustakaan dibenarkan meminjam dari koleksi ini.
KOLEKSI BACAAN BEBAS
Koleksi ini mengandungi buku fiksyen dan bukan fiksyen yang popular untuk dipinjam. Novel dan koleksi bacaan seperti motivasi, biografi, koleksi puisi, fiksyen remaja, humor, penulisan sains popular, dan banyak lagi yang terdapat dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
KOLEKSI MULTIMEDIA
Koleksi audio visual dan sumber elektronik merupakan bahan tidak bercetak dalam pelbagai bidang perkara dan format yang diterbitkan didalam dan luar negara. Koleksi ini ditempatkan di Bilik CD di aras bawah bangunan Perpustakaan PUO.