Bagi pengguna baharu, sila daftar akaun anda terlebih dahulu. Untuk membuat tempahan pastikan anda menyemak kalendar tempahan bagi melihat kekosongan bilik. Kerjasama anda amat kami hargai. Terima kasih
Bagi permohonan Bilik Secara Manual Boleh Klik pada pautan Berikut : http://tinyurl.com/25TempahanLib
Perpustakaan mempunyai sebuah bilik mesyuarat di Aras 1 untuk kegunaan kakitangan dan pelajar. Kapasiti pengguna dalam satu masa adalah seramai 20 orang. Tempahan bagi bilik mesyuarat perlu dilakukan 3 hari sebelum penggunaan. Klik untuk mendapatkan borang tempahan.
Perpustakaan menyediakan 3 Buah bilik perbincangan yang berada di Aras 1 untuk kemudahan pengguna. Pengguna dikehendaki membuat tempahan di kaunter Aras 1 atau melalui telefon sebelum penggunaan. Sila hubungi kaunter Aras 1 di sambungan – 2268. Klik untuk mendapatkan borang tempahan.
Terdapat sebuah Bilik Mini Teater untuk kemudahan pengguna di Aras Bawah Perpustakaan. Bilik Mini Teater ini dilengkapi dengan kemudahan skrin, projektor dan sistem siaraya. Tempahan perlu dilakukan 3 hari sebelum penggunaan. Klik untuk mendapatkan borang tempahan.