LATAR BELAKANG
Perpustakaan Politeknik Ungku Omar ditubuhkan serentak dengan penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969.
Diawal penubuhannya Perpustakaan ini terletak di Bangunan Pentadbiran PUO yang dikendalikan oleh kakitangan Pentadbiran Politeknik.
Pada sekitar tahun 1975, Perpustakaan berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa yang boleh menempatkan lebih kurang 100 pengguna dalam satu-satu masa.
Bangunan perpustakaan dua tingkat ini mempunyai keluasan lantainya 2000 meter persegi.
Pada tahun 1998, secara beransur-ansur, pengurusan perpustakaan telah diambilalih oleh kakitangan sokongan lantikan Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia.
Pada tahun 2001, seramai 4 orang Pembantu Perpustakaan dari Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia telah ditempatkan di Perpustakaan ini.
Pada tahun 2004, Pengurusan Perpustakaan telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ketua Unit Perpustakaan, Pustakawan, Penolong Pustakawan dan 6 orang Pembantu Perpustakaan.
Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisien, sistematik dan mesra pelanggan
Perpustakaan merupakan pemangkin kearah proses pembelajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global
DASAR PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Politeknik adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
Menyediakan perkhidmatan peminjaman @ pemulangan dan pembaharuan koleksi dalam tempoh 10 minit.
Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.
Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan capaian kembali bahan perpustakaan.