PPM-016-01-29082022
Ke arah mewujudkan komuniti sejahtera dengan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.
Mengurus tadbir & mewakili suara para penduduk di kejiranan Pulai Ceria (Sapphire Hills) Bandar Baru Kangkar Pulai untuk kepentingan semua ahli komuniti
Mewujudkan sebuah persekitaran tempat tinggal yang bersih, sihat, selamat dan sejahtera di kalangan para penduduk kejiranan Sapphire Hills, Bandar Baru Kangkar Pulai.
Menerapkan semangat kekitaan dan kejiranan di kalangan ahli ke arah mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang harmoni dan saling hormat-menghormati di kalangan para penduduk kejiranan Sapphire Hills, Bandar Baru Kangkar Pulai tanpa mengira latar belakang jantina, agama, bangsa, budaya dan pandangan politik.
Mengusahakan untuk menjaga perihal kebajikan para penduduk kejiranan Sapphire Hills dengan sebaik mungkin.
Menganjurkan segala program/ aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada semua peringkat umur dan kumpulan masyarakat dalam kejiranan Sapphire Hills.
Mentadbir urus segala isu dan masalah yang berlaku dalam kawasan kejiranan dengan memanjangkannya kepada pihak yang berkuasa.
Caj penyelenggaran wajib dibayar oleh setiap pemilik premis di Sapphire Hills. Kadar tahun 2023 adalah RM80.00/ bulan dan perlu dibayar mengikut kuartil iaitu:
Q1 dari 1hb Januari sehingga 31hb Mac;
Q2 dari 1hb April sehingga 30hb Jun;
Q3 dari 1hb Julai sehingga 30hb September; &
Q4 dari 1hb Oktober sehingga 31hb Disember setiap tahun
Semua bayaran perlu dibuat ke akaun rasmi persatuan iaitu:
Nama Bank: MAYBANK
No. Akaun: 551306549653
Nama Akaun: Persatuan Penduduk Pulai Ceria Sapphire Hills Bandar Baru Kangkar Pulai
Pendaftaran keahlian biro-biro persatuan penduduk. Semua penduduk dialu-alukan menyertai mana-mana biro untuk menyumbang tenaga, idea, masa, wang ringgit & kepakaran. Setiap sumbangan ahli komuniti amat bermakna kepada kejiranan kita. Penyertaan adalah PERCUMA. Tiada komitmen masa diperlukan. Waktu fleksibel.
Notis pemakluman rasmi. Klik disini untuk ikuti FB page.
Jom sertai aktiviti komuniti. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Jika anda ingin menganjurkan aktiviti komuniti sila hubungi kami. Persatuan sedia membantu. Senarai aktiviti terdekat akan dipamerkan di FB page komuniti. Klik disini untuk ikuti FB page.
Sebarang aduan berkaitan kejiranan kita? Oops..pastikan hanya aduan berkaitan pengurusan kejiranan seperti kawalan keselamatan, kebersihan am & hal ehwal persatuan penduduk sahaja. Sila hantar aduan/ cadangan anda ke pulaiceriasapphirehills@gmail.com
Sila rekod sebarang bayaran ke akaun persatuan penduduk disini untuk penyediaan resit rasmi. Pembayar yang merekodkan pembayaran disini sahaja akan menerima resit rasmi persatuan.
Sila hantar pertanyaan/ cadangan/ ulasan/ aduan anda kepada pulaiceriasapphirehills@gmail.com
012-750 8110 (Waktu Pejabat)