Ya. Setiap PEMILIK adalah DIWAJIBKAN membayar caj penyelenggaraan secara kuartil (quartile) iaitu setiap 3 bulan sekali seperti mana termaktub dalam perjanjian Deed Mutual of Covenants (DMC)* - Article IV: Purchaser's Covenants (Item 4.1 Maintenance Charge) yang telah ditandatangan.
*Rujuk DMC yang telah ditandatangan
Keahlian persatuan penduduk tidak diwajibkan kepada semua penduduk. Namun penduduk yang berkelayakan* layak memohon dan mendaftar sebagai ahli. Setiap ahli layak untuk hadir dan membuat undian usul-usul penting semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan.
Ahli Berdaftar layak untuk menentukan dasar, hala tuju, peraturan dan meminda perlembagaan. Ahli berdaftar juga diberikan keutamaan dalam menyertai sebarang aktiviti/ program komuniti.
*Rujuk syarat-syarat keahlian Perlembagaan persatuan penduduk
Ya. Setiap pemilik yang berhasrat untuk mengubahsuai kediaman mereka perlu mendaftarkan aktiviti tersebut seperti mana termaktub dalam Article V: Alteration to the Lot dalam Deed of Mutual Covenants.
Terdapat 2 jenis pengubahsuaian iaitu:
Kategori A:
Melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian sederhana/ besar melibatkan perubahan struktur/ pertamabahan keluasan lantai.
Kategori B:
Melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian kecil dan pasang siap secara minimum.
Aktiviti Kategori A perlu membayar deposit pengubahsuaian berjumlah RM3000.00 sebagai cagaran pembersihan. Kategori B dikecualikan.
*Rujuk DMC dan peraturan berkaitan aktiviti pengubahsuaian bagi setiap kategori dalam Garis Panduan Aktiviti Pengubahsuaian Unit@Sapphire Hills,
Daftar aktiviti pengubahsuaian premis anda disini:
BORANG PERMOHONAN KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN PREMIS DI SAPPHIRE HILLS (B4/PPPCSH/01/2023)
atau
Setiap bayaran perlu direkodkan untuk penyediaan resit rasmi melalui: