Kejiranan Pulai Ceria (Sapphire Hills) di Bandar Baru Kangkar Pulai dibina oleh Keck Seng (M) Bhd. mula didiami oleh penduduk sekitar penghujung tahun 2019. Kawasan ini mengandungi 598 unit kediaman yang terdiri daripada rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat. Sapphire Hills dengan keluasan 46 ekar* merupakan komuniti berpengawal dan berpagar bukan strata (non-strata) dengan status pajakan tanah selama 99 tahun. Dianggarkan populasi kejiranan ini boleh mencapai sehingga 2400** orang pada satu-satu masa. Kejiranan ini dilengkapi dengan kemudahan awam seperti taman permainan (1), gelanggang bola keranjang (1), pondok (2) dan pondok pengawal (1). Kawasan ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
Sejarah persatuan
Sebuah persatuan penduduk iaitu Persatuan Penduduk Pulai Ceria Sapphire Hills Bandar Baru Kangkar Pulai (PPCSHBBKP) telah ditubuhkan secara rasmi pada 29 Ogos 2022 selepas pendaftarannya melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) diluluskan. Pihak persatuan telah mula mengambil alih pengurusan kejiranan daripada pemaju bermula 1 Januari 2023.
Sejarah penubuhan persatuan bermula apabila Jawatankuasa Bertindak Sementara ditubuhkan pada 10 Julai 2021 digerakkan oleh 4 orang penduduk iaitu Dr. Noor Aimran Bin Samsudin (Pengasas), Ku Muhammad Fakhruddin B Ku Aziz, Nurul Nadia Bt Mohamad & Azrul Naim Bin Abd Razak. Sebuah Jawatankuasa Penaja ditubuhkan dengan keahlian terawal sebanyak 8 orang kemudian bertambah menjadi 18 orang penduduk. Sebanyak 4 kali Mesyuarat Jawatankuasa Penaja telah diadakan antara 17 Julai 2021 sehingga 25 Jun 2022 membincangkan keperluan & kaedah menubuhkan sebuah persatuan penduduk rasmi.
Perlembagaan
Hasilnya sebuah Jawatankuasa Sementara telah ditubuhkan bagi merangka draf Perlembagaan dengan keahlian seramai 20 orang. Penyediaan draf telah diketuai oleh Dr. Noor Aimran Samsudin selaku Pengerusi Sementara bersama pasukannya. Terdapat 18 fasal iaitu:
Fasal 1 : Nama
Fasal 2 : Alamat
Fasal 3 : Matlamat
Fasal 4 : Keahlian
Fasal 5 : Pemberhentian dan Pemecatan Ahli
Fasal 6 : Sum ber Kewangan
Fasal 7 : Mesyuarat Agung
Fasal 8 : Jawatankuasa
Fasal 9 : Kewajipan-kewajipan Jawatankuasa
Fasal 10: Kewangan
Fasal 11: Juruaudit
Fasal 12: Pentadbir Harta
Fasal 13: Tafsiran Perlem bagaan Pertubuhan
Fasal 14: Penasihat atau Penaung
Fasal 15: Larangan
Fasal 16: Pindaan Perlem bagaan
Fasal 17: Pem bubaran
Fasal 18: Logo dan Bendera
Sebanyak 7 kali mesyuarat diadakan bermula 6 Ogos sehingga 24 November 2022. Sesi hebahan awam draf akhir perlembagaan telah dilaksanakan pada 22-24 Julai 2022. Permohonan kali pertama telah dikemukakan kepada ROS pada 11 Ogos 2022 dan telah diluluskan pada 29 Ogos 2022. Bagi meningkatkan jumlah keahlian, Jawatankuasa Sementara telah menganjurkan Hari Keluarga @ Sapphire Hills dengan kerjasama pemaju, Keck Seng (M) Bhd dan Ahli Majlis MPKu Zon 1 pada 1 Oktober 2022.
Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung kali pertama persatuan penduduk telah diadakan dengan jayanya pada 10 Disember 2022. Sebuah pemilihan barisan Jawatankuasa Persatuan Penduduk telah diadakan di Sek. Jen. Keb. Cina Woon Hwa. Semua 14 orang calon-calon AJK telah menang tanpa bertanding iaitu:
Ahli Jawatankuasa
1. DR. NOOR AIMRAN BIN SAMSUDIN, Pengerusi
2. EN. MUHAMAD WAFI BIN MARKOM, Timb. Pengerusi
3. EN. MOHAMAD HIZAMI BIN MOHAMAT NAPIAH, Setiausaha
4. EN. AZRI BIN HOHAD, Pen. Setiausaha
5. EN. RAMAN A/L BATU MALAI, Bendahari
6. EN. YIAUW DIING SHENQ, Pen. Bendahari
7. EN. KHAIRUL AZREEN BIN ZAINAL ABIDIN, Ketua Biro Kebajikan Kejiranan
8. EN. PANG WEI SENG, Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan
9. PN. AU FEI YIN, Ketua Biro Pendidikan & Pembangunan Insan
10. EN. MUHAMMAD MUAZZAM BIN MUSA, Ketua Biro Kerohanian & Hal Ehwal Agama
11. EN. MOHD. NORAZMAN BIN MOHD ZIN, Ketua Biro Pembangunan & Penyelenggaraan
12. EN. MUHAMMAD ZARIF AZIM BIN RAMLI, "Ketua Biro Belia, Sukan & Rekreasi
13. EN. EU LAI LEONG, Ketua Biro Kebudayaan & Perpaduan
14. EN. RAMARAO A/L NARAYANAN, Ketua Biro Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan
Pencapaian
Sehingga tahun 2022 seramai 230 orang penduduk telah mendaftar sebagai ahli berdaftar mewakili 924 orang penduduk. Terdapat 8 biro-biro ditubuhkan di bawah persatuan menggerakkan dan merancang pelaksanaan program serta aktiviti iaitu 1) Kebajikan, 2) Ekonomi & Keusahawanan, 3) Pendidikan, 4) Hal Ehwal Agama, 5) Pembangunan & Penyelenggaraan, 6) Belia, Sukan & Rekreasi, 7) Kebudayaan & Perpaduan dan 8) Keselamatan.
Nota:
*Saiz dianggarkan dengan aplikasi My Maps
**Anggaran populasi adalah berdasarkan purata saiz isi rumah Johor 3.8 (4orang) - DOSM
What has your team accomplished? What are you most proud of? Tell site viewers some of your project's latest accomplishments.