Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Sumber Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam Selangor
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. Ia merupakan alternatif pembelajaran norma baharu. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dan/atau off-site dengan berstruktur dan terancang. Untuk info lebih lanjut mengenai PdPR, anda boleh membaca Manual PdPR disini.
PSS SMPKVSA amat menggalakkan para guru dan murid menggunakan pelbagai platform untuk melaksanakan PdP supaya aktiviti PdP menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Oleh itu, GPM telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu ruang PdPR di laman sesawang ini dimana warga sekolah bukan saja boleh membaca secara online tetapi juga dapat menjalankan PdP di platform yang sama.
Semua guru perlu sign up akaun di laman web Padlet disini atau download aplikasi Padlet ke dalam telefon pintar anda dan sign up.
Kemudian sila beritahu e-mail yang anda guna semasa sign up kepada GPM PSS (Cikgu Azura). Ia bertujuan untuk assign anda sebagai admin padlet kursus masing-masing.
Sebarang cadangan dan pertanyaan, sila PM Whatsapp Guru Perpustakaan dan Media. Terima kasih.