Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Sumber Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam Selangor
Tahniah diucapkan kepada semua murid sesi 2020 yang telah menyertai pembacaan NILAM secara atas talian di laman web PSS SMPKVSA. Sekarang tibalah masanya untuk mengumumkan pemenang Anugerah NILAM iaitu pembaca terbanyak untuk sesi 2020. Tahniah diucapkan kepada:
Fateema Azzahra Binti Che Iswanizam (5LDM1)
Abdullah Hakimi bin Mohamad Zamberi (4DTP1)
Nur Sofea Fatini binti Kamal Azhar (5HD2)
Buat julung kalinya PSS SMPKV Shah Alam mengadakan Anugerah NILAM Online 2020. Di norma baharu ini, kita terpaksa akur akan kekangan yang kita hadapi. Namun, program galakan membaca ini perlu diteruskan tanpa alasan! Kita haruslah terus mengamalkan budaya membaca tidak kira di mana kita berada. Membaca bukan sahaja di perpustakaan, pusat sumber dan sekolah, malah di rumah juga murid seharusnya lebih aktif membaca untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan. Dengan adanya Anugerah NILAM ini diharap akan dapat menggalakkan lagi budaya membaca dikalangan murid SMPKV Shah Alam supaya anda semua menjadi insan yang berilmu. Jom! Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah Anugerah NILAM! Rekodkan bacaan NILAM anda di sini. Tarikh tutup pengiraan bacaan NILAM 2020 ini adalah pada 25 Januari 2021.
Mawaddah binti Azmi, merupakan seorang murid dari kursus Desktop Publishing. Beliau telah dipilih sebagai pembaca NILAM terbanyak pada tahun 2019. Minatnya dalam menimba ilmu melalui pembacaan harus diikuti oleh semua orang. Jom kita mulakan budaya membaca!