Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Sumber Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam Selangor
Show Us Your Talent!
Sememangnya mereka berbakat! Saksikan bakat warga SMPKVSA di sini.
Majlis Pendaftaran Tingkatan 4 SMPKVSA 2021
Video panduan Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan 4 untuk sesi persekolahan 2021.
Pembukaan SMPKVSA 2021
Video pembukaan SMPKVSA bagi sesi 2021
Pelancaran Nilam 2021
Saksikan video pelancaran NILAM di youtube.
DELIMa: Digital Educational Learning Initiative Malaysia
DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia adalah penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan satu inisiatif yang dibangunkan KPM yang menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital.
Ia memudahkan guru dan murid untuk menjalankan aktiviti PdPC dengan penggunaan platform digital secara tunggal yang mempunyai pelbagai perkara. Guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.
KPM juga berkerjasama dengan pelbagai pihak dalam penyediaan kandungan pendidikan bagi memantapkan lagi platform pembelajaran maya ini.
Jadi, apa tunggu lagi warga SMPKVSA? Jom gunakan kemudahan yang telah disediakan.
PLC PSS bersama Panitia PSSAS serta guru-guru SMPKVSA.
Satu PLC telah diadakan pada 23 Februari 2021 bermula jam 10.00 pagi menerusi Google Meet. Perkongsian ilmu antara Guru Desktop Publishing SMPKV Shah Alam, Cikgu Ismail Baihaqie bin Mohd Yusof dengan Panitia Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar ini bertajuk "Digitalize Your PdPR". PLC ini turut dihadiri oleh guru-guru SMPKVSA lain yang berminat untuk mengetahui cara menggunakan perisian Open Broadcaster Software . PSS mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nur Ain binti Abdullah selaku Ketua Panitia PSSAS kerana sudi menjemput Guru Kemahiran sebagai tenaga pengajar. Semoga apa yang dikongsi akan dapat memberi manfaat kepada guru SMPKVSA dalam menghasilkan video BBM yang menarik.
PLC PSS bersama Panitia PSSAS serta guru-guru SMPKVSA.
Satu PLC telah diadakan pada 25 November 2020 bermula jam 10.00 pagi menerusi Google Meet. Perkongsian ilmu antara Guru Perpustakaan dan Media SMPKV Shah Alam, Cikgu Nor Azura binti Abdul Aziz dengan Panitia Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar ini bertajuk "Cara Penggunaan Perisian Wondershare Filmora9 Untuk Penghasilan Bahan Bantu Mengajar". PLC ini turut dihadiri oleh guru-guru SMPKVSA lain yang berminat untuk mengetahui cara menggunakan video editor Filmora. PSS mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nur Ain binti Abdullah selaku Ketua Panitia PSSAS kerana sudi menjemput GPM sebagai tenaga pengajar. Semoga apa yang dikongsi akan dapat memberi manfaat kepada guru SMPKVSA dalam menghasilkan video BBM yang menarik.
SMPKV Shah Alam bukan saja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri (Tenaga Kreatif) dalam Pencapaian Anugerah Teknikal, tetapi juga mendapat Anugerah Pasukan: Perak dan tempat ke-5 untuk Pencapaian Pasukan (saguhati) dalam Pertandingan Kesenian Secara Atas Talian Anjuran Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 yang lalu.
"Kelab Kebudayaan tidak menjangkakan kemenangan ini. Ia bermula dengan 'hanya ingin mencuba nasib' dan untuk memberi pengalaman berteater kepada murid pendidikan khas ini. - Carol, Ketua Guru Penasihat."
Aktiviti ini bukan saja dapat mencungkil bakat murid berkeperluan khas (MBK) dalam bidang lakonan malah dapat mengetengahkan bakat dan potensi MBK dalam bidang teater di peringkat negeri.
Latihan teater ini melibatkan 15 orang MBK dari kursus yang berbeza. Mula berlatih di Vox Cafe pada 20 Oktober 2020 (Ahad) di bawah bimbingan Cikgu Rayvathi dan Cikgu Carolence di bawah seliaan PK Kokurikulum. Seterusnya, pasukan teater sekolah memulakan latihan berterusan setiap hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang. Tatarias dan busana telah diuruskan oleh Cikgu Suzielia, Cikgu Assiren dan Cikgu Saiful. Manakala penataan bunyi oleh Cikgu Ali.
Sesi rakaman video telah direkod dan diedit oleh Cikgu Azura pada 23 September 2020 (Rabu) di Pusat Sumber Sekolah dan dihantar kepada pihak penganjur pada 24 Oktober 2020 (sebelum 12.00 malam).
Tahniah diucapkan kepada semua!
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Koir Kelab Kebudayaan SMPKV Shah Alam atas pencapaian iaitu
Anugerah Pasukan : Gangsa
Anugerah Khas Juri
dalam Pertandingan Kesenian Secara Atas Talian Anjuran Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 yang lalu.
Pada 30 September 2020 yang lalu, uji bakat telah dilakukan oleh Cikgu Ali Zikry sebagai guru muzik yang berpengalaman dalam bidang muzik bertempat di Bengkel Perabot. Seramai 15 orang murid telah dipilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan koir Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2020.
Latihan koir ini dilakukan di Dewan Besar dan Bengkel Perabot setiap hari bermula 1 Oktober 2020 sehingga 9 Oktober 2020, jam 12.00 tengahari sehingga jam 1.45 petang, dan jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Manakala sesi malam pula pada jam 9.00 malam sehingga jam 11 malam di bawah bimbingan Cikgu Ali dan Cikgu Rayvathi. Rakaman dilakukan oleh Cikgu Azura dan Cikgu Assiren di Pusat Sumber Sekolah pada tarikh 9 Oktober 2020 pada jam 2.00 petang. Video rakaman koir dihantar ke urusetia pada 12 Oktober 2020 (Isnin, jam 2.30 petang). Tatarias dan busana telah diuruskan oleh Cikgu Suzielia, Cikgu Saiful dan Cikgu Carol.
Tahniah sekali lagi atas usaha guru dan murid Kelab Kebudayaan! Teruskan mengecapi kejayaan di masa akan datang.
PLC ialah singkatan kepada Program Professional Learning Communities. Ia merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
PSS SMPKVSA mengalu-alukan kolaborasi panitia-panitia / kelab / persatuan yang ingin membuat PLC bersama. Semoga usaha yang dibuat memberi manfaat kepada kita semua.
PLC antara Kursus Desktop Publishing dengan Pusat Sumber Sekolah bertajuk Asas Desktop Publishing : Video Editor Filmora.
Tahniah kepada Aidil Hakimi binti Mohamed Ashik kerana berjaya memenangi naib johan kategori sekolah menengah.
Cikgu Azura (GPM) sebagai guru pembimbing.
Pada 8 Oktober 2020 telah diadakan Program e-Sayembara Puisi Moden (Sajak) bagi sekolah pendidikan khas (SPK). Program ini telah diadakan sepenuhnya secara maya melalui pelantar Google Meet sempena meraikan Bulan Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa. Sebanyak 34 penyertaan diterima daripada semua SPK dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bertindak sebagai guru pembimbing kepada MBK dalam menyampaikan karya sajak yang dipilih.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Pn. Hjh. Salmah binti Jopri, Pengarah, BPKhas yang sudi meluangkan masa menyampaikan kata alu-aluan. Terima kasih juga kepada juri En. Mohd. Fauzi bin Isa daripada BPKhas dan dua orang juri jemputan iaitu Dr. Hisamuddin bin Abdul Ghani dari IPG Kampus Bahasa Melayu dan Pn. Rohaya binti Abd. Rahman dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
#SMKPK #SKPK #SMPKV #SayembaraPuisi #Sajak #OKUdihatiku #MBKdihatiku #BPKhas #BahagianPendidikanKhas #KPM #MOE #KementerianPendidikanMalaysia #MinistryOfEducation #PendidikanKhas