Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Sumber Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam Selangor
PSS membawakan anda pentas dunia maya dimana anda boleh menunjukkan bakat terpendam anda di sini. Sambil mengisi masa lapang, anda boleh menonjolkan bakat anda di peringkat sekolah. Video yang menarik akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Misteri! Apa tunggu lagi? JOM SERLAHKAN BAKAT ANDA!
Syarat-syarat pertandingan:
Terbuka kepada semua warga SMPKVSA (guru dan staf) dan murid tingkatan 4 dan 5 SMPKV Shah Alam sesi 2020/2021 sahaja.
Anda bebas memilih apa saja bakat yang ingin ditonjolkan. Namun haruslah menjaga disiplin dan tingkah laku supaya tidak keterlaluan dan jangan melanggar undang-undang sekolah mahu pun kerajaan Malaysia.
Anda haruslah menghantar penyertaan dalam bentuk video.
Video boleh dirakam menggunakan telefon pintar / kamera digital.
Durasi video haruslah tidak lebih daripada 10 minit.
Video perlulah dimuat naik di akaun Youtube masing-masing dan share link anda dalam borang penyertaan yang disediakan.
Sila isi borang penyertaan di sini.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Februari 2021.
Penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang ditetapkan akan serta-merta dibatalkan penyertaannya tanpa kompromi.