PENGENALAN
Pengawas Pusat sumber Pembelajaran adalah SKP yang berperanan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan membaca dan mengadakan program untuk menyemai rasa sayang akan membaca dan ilmu.
PELANTIKAN PPSP
Kriteria pemilihan calon PPSP melibatkan beberapa aspek penting untuk memastikan calon yang dipilih adalah yang terbaik. Kriteria umum pemilihan calon PPSP adalah seperti perkara 3.3.4. Ahli PPSP adalah antara 10- 15 orang yang dilantik oleh MGP.
PENGURUSAN ORGANISASI PPSP
PERANAN DAN FUNGSI
Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran mendapatkan maklumat.
Merupakan pusat perhubungan di antara maktab dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
BIDANG TUGAS PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN (PPSP)
PENGERUSI (EXCO AKADEMIK DAN INOVASI) -BWP
Mempengerusikan mesyuarat.
Memastikan setiap MT dan jawatankuasa merancang perancangan tahunan.
Mengatur pertemuan untuk bermesyuarat bulanan.
Menyelia dan memantau setiap aktiviti dan program yang dijalankan dalam organisasi.
Membentangkan laporan aktiviti SKP di dalam mesyuarat Exco BWP.
KETUA PPSP
Mempengerusikan mesyuarat PPSP.
Menyediakan perancangan tahunan.
Mengetuai aktiviti PPSP.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.
TIMB KETUA PPSP
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan presiden .
Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh Guru Penasihat PPSP.
SETIAUSAHA
Menjalankan semua tugas kesetiausahaan.
Menyediakan laporan aktiviti untuk direkodkan
BENDAHARI
Menyediakan perancangan kewangan tahunan.
Menyimpan rekod kewangan PPSP dengan baik.
AJK SPBT
Membantu dalam proses pengambilan dan pemulangan buku teks.
Memastikan pelajar menjaga buku teks dengan baik dan berbalut.
Memastikan semua pelajar mendapat buku teks yang lengkap.
AJK BAHAN CETAK
Mempromosikan bahan bacaan bercetak kepada seluruh maktab.
Memastikan buku-buku pelajar yang meminjam buku dapat mengembalikan buku mengikut tempoh masa yang diberi.
Mengasingkan buku-buku yang rosak untuk proses baik pulih.
AJK PAMERAN
Memastikan sudut pameran sentiasa terkini.
Merancang pemilihan tema yang bersesuaian untuk dipamerkan.
AJK AKTIVITI
Menyediakan bahan-bahan promosi untuk setiap aktiviti PPSP.
Mengambil gambar bagi setiap aktiviti bagi tujuan dokumentasi.
AJK HUBUNGAN LUAR
Menjalinkan hubungan baik dengan PPSP maktab lain.
Melakukan aktiviti gabungan dengan PPSP maktab lain.
AJK MULTIMEDIA
Memastikan laman sosial sentiasa mempunyai maklumat terkini.
Mempromosikan aktiviti-aktiviti PPSP di media sosial.
Mempromosikan program galakan membaca.
Rujukan: Perlembagaan Sekretariat Kepimpinan Pelajar MRSM, Bahagian Pendidikan Menengah MARA