Pengenalan
PSP MRSM Alor Gajah telah diwujudkan sejak maktab ini ditubuhkan pada tahun 2007. Ia berfungsi sebagai pusat sumber sekolah yang menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar, guru dan kakitangan maktab.
Kepimpinan Pengurusan PSP
Guru Media (qualified in librarianship)
Pembantu Tadbir (PT PSP terlatih)
Pembantu Operasi (PO PSP)
Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran (PPSP)
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat: 7.30 pagi - 4.30 petang.
Kemudahan yang Disediakan:
Kemudahan Internet dan akses komputer
Ruang Membaca (Terbuka)
Ruang Membaca (Santai)
Sudut Pameran dan Maklumat
Social Learning Centre - Smart TV disediakan
Bilik Kuliah 1
Bilik Kuliah 2
Bilik Kuliah 3
Perkhidmatan:
Perkhidmatan Pinjaman & Pemulangan
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Print & Scan
Perkhidmatan Tempahan Bilik Online
Penyimpanan peranti (iPad/tablet: tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak maktab)
Kemudahan Online Public Access Catalog (OPAC)
Koleksi bahan bercetak disusun mengikut standard yang ditetapkan:
i. Pengkatalogan
ii. Pengkelasan
iii. Buku disusun di atas rak
iv. Penyisihan dan pelupusan buku dibuat berdasarkan keperluan
Ruang dan fasiliti yang disediakan boleh rujuk di sini.
VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN
Standard Kualiti Pengurusan PSP
Visi
Pusat Sumber Pembelajaran membudayakan literasi ilmu ke arah kecemerlangan maktab dalam merealisasikan aspirasi pendidikan MARA
Misi
Menjadikan pusat sumber sebagai pusat pembelajaran kondusif, interaktif dan menyokong pengajaran dan pembelajaran
Objektif PSP
i. Menyediakan pelbagai kemudahan prasarana, perkhidmatan dan bahan koleksi bercetak dan tidak bercetak
ii. Menjadi pusat perkembangan intelektual dan kecemerlangan serta melatih warga maktab berkemahiran mencari maklumat
iii. Melengkapkan 100% koleksi PSP dengan sistem pengkatalogan KOHA menjelang hujung tahun 2025
iv. Menganjurkan aktiviti galakan membaca
Piagam pelanggan
Kami, warga Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Zon Selatan berikrar dan berusaha untuk:
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat.
Memberikan layanan mesra, cepat dan berhemah kepada semua pengguna.
Menyediakan bahan bacaan dan rujukan yang berkualiti, pelbagai dan terkini.
Mengurus peminjaman dan pemulangan bahan secara sistematik dalam tempoh 5 minit.
Menjamin maklumat peribadi pengguna dirahsiakan dan digunakan secara beretika.
Menjalankan program galakan membaca dan literasi maklumat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
CARTA ORGANISASI PSP MRSM ALOR GAJAH