PENGENALAN
Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM Alor Gajah juga menguruskan peminjaman dan pemulangan buku teks.
Peminjaman buku teks adalah untuk membantu proses PdP berjalan dengan lancar. Oleh itu semua pelajar diingatkan untuk:
menjaga dan membalut buku teks masing-masing menggunakan plastik lutsinar
menghargai serta memulangkan buku teks dalam keadaan baik
tidak merosakkan barkod buku
Semua pelajar layak meminjam buku teks.
IKRAR
Bahawasanya kami pelajar MRSM Alor Gajah, berikrar dan berjanji akan:
menjaga buku teks dengan baik
membawa buku teks ke kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan
menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks
membalut buku teks dengan plastik lutsinar
menjaga barkod buku teks bagi memudahkan proses pemulangan
memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak maktab
menggantikan buku teks yang rosak dan hilang
Sesungguhnya kami memahami bahawa buku teks maktab adalah hak milik kerajaan Malaysia yang dipinjamkan kepada kami dan kami tertakluk kepada peraturan Peminjaman Buku Teks.
Nota: sekiranya barkod koyak/ rosak, pelajar dikehendaki segera ke PSP untuk memperbaiki barkod tersebut, ini kerana, buku yang dihantar mestilah dalam keadaan baik dan mempunyai barkod.
Semakan rekod peminjaman buku teks - www.pspmrsmag.com/spteks
ID: NOMAKTAB; Password: 123456
INFO BERGAMBAR
Contoh buku teks
Buku teks dibalut dengan kemas menggunakan plastik lutsinar
Contoh barkod buku
Aplikasi ini untuk pengguna android sahaja Tujuan: 'self scan' (peminjaman sahaja) dan melihat rekod pinjaman
Inventori